ICED GREEN TEA BLENDED...

rsz_gtib
Assalammualaikum, salam Isnin semua. Hari ni che mat tak share resipi masakkan, tapi sebenarnya ada juga share resipi di instagram che mat, bagi yang nak lihat boleh cari di IG = @matgebu . Resipi yang biasa2 dan memang dah ada dalam blog. Sekarang ni macam trend sangat orang bikin green tea latte lah, dan macam2 semua berasaskan green tea. Memandangkan che mat siap masak awal, elok juga cuba bikin iced green tea blended, bahan2 pun senang dan memang ada dalam simpanan. Untuk resipi ini che mat tak guna air, tapi guna susu rendah lemak atau anda boleh guna susu penuh krim, dan che mat masukkan susu pekat manis sebagai pengganti gula. Dan di akhiri dengan ais krim vanilla...ehem...

rsz_gtib1
Che mat guna serbuk teh hijau seperti dalam gambar. Dah lama sebenarnya beli, kalau tak silap beli di kedai menjual bahan2 baking, harga masa tu boleh tahan juga 30 gram = RM 9!. Dan che mat cuma pernah guna sekali dua saja, Yang bakinya che mat simpan dalam peti sejuk. Rasa green tea ni ada kelat2 sikit tapi sedap. Warna hijau tu bukan pewarna tiruan, tapi memang asli dari daun teh. Biasanya serbuk teh hijau macam dalam gambar tu diimport dari Jepun (matcha green tea powder)dan negara2 lain. Ok, cerita lama2 nanti, cair pulak iced green tea blended che mat....Nak mencuba, jomm lihat resipi di bawah ini..

BAHAN - BAHANNYA :-)
250 ml susu rendah lemak @ susu penuh krim
1 camca besar penuh susu pekat manis
2 camca teh serbuk teh hijau @ green tea powder
Ketulan ais secukupnya
2 - 3 scop ais krim vanilla
Sedikit serbuk teh hijau untuk hiasan
Daun pudina untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan susu rendah lemak @ susu penuh krim ke dalam blender bersama2 susu pekat manis, serbuk teh hijau dan ketulan ais (anggaran 1 genggam). Kemudian kisar hingga halus, Kisar untuk 50 saat hingga 1 minit.
  2. Tuangkan ke dalam gelas sesuai hingga penuh. Scopkan ais krim atasnya dan taburkan sedikit serbuk teh hijau dan hias dengan daun pudina. Hidangkan segera....ahhh...nyamannya!!...Selamat mencuba..

Post a Comment

7 Comments

  1. LM tak pernah lg minum green tea. Samada yg popular ni atau yg jenis boh tu. teringin nk cuba cara che mat ni. Nmpk sgt mengiurkan

    ReplyDelete
  2. @ LM - kalau nak buat macam ni kena cari green tea jenis serbuk atau Matcha green tea powder..

    ReplyDelete
  3. macam sedap pulak nampak warna hijau tehnya tu. tak pernah minum lagi.

    ReplyDelete
  4. kebelakanh lakang nih memang suka minum green tea....nampak plak resepi nih...lagilah haishhh.....ok...pasni nak beli serbuk green tea

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.