BEN ASHAARI

Wednesday, September 2, 2015

SAMBAL HIJAU TEMPOYAK BERAPI

rsz_sambal_hijau_tempoyak
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat kongsikan satu resipi yang senang dan mudah dibuat. Resipi pernah ada dalam blog ini, tapi bukan jenis yang 'hijau'. Sambal hijau tempoyak ini che mat gunakan 100% cili padi kampung jenis hijau. Kalau takde anda boleh guna cili padi thai. Kalau yang tahan pedas boleh guna cili hijau atau campurkan cili hijau dengan cili padi. Che mat guna isi udang dalam 1 cawan dan 4 papan petai yang diambil isinya. Kalau tak boleh makan udang, guna ikan bilis pun sedap. Santan antara bahan penting dalam resipi ini. Sedap dimakan bersama nasi putih atau boleh lempeng  dan roti. Kalau nak mencuba, che mat tuliskan resipinya di bawah ini...

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 cawan isi udang yang telah dibersihkan
4 papan petai, ambil isinya
1 cawan santan
1 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, dimayang halus (guna 1 kalau daun kunyit saiz besar)
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang puith
2 batang serai, dihiris
1 cawan cili padi kampung jenis hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan atau lebih sedikit). Tumis serai ketuk hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Tambah tempoyak, kacau rata dan masukkan santan dan asam gelugor. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Masukkan isi petai, gaul rata dan masak hingga pekat dan petai empuk. Tambah udang dan hirisan daun kunyit. Kacau rata.
  3. Masak hingga udang berubanh warna (jangan masak lama2, nanti udang jadi keras), perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....


5 comments:

Angah said...

terliur weh...nampak sedap sekali

Sue Izza said...

kecur air liur ,napa ntah asyik nak makan pedas2 je akhir2 ni huuhuuu

aeinna Musa said...

Feveret ever ni

eelobor said...

perghh....nampak pun dah macam berapi-api tuh kaler dia che mat

Natrah Mohamed said...

Sedapnya..

Terus nak g beli cili rasanya. Hahaha...

Jemput singgah blog saya MamaBijakAnakSihat

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.