BEN ASHAARI

Saturday, June 13, 2015

ASAM PEDAS TELUR MAYONG..

rsz_asam_telo_mayong
Assalammualaikum, salam Sabtu. Nampak tak apa tu, ehem...ehem..macam mana eks nak mula cerita, ok macam ni...pada zaman dahulu di Nilai, ada seorang hakak ni nama Kak D'laila, business lady yang femes dengan mi udang dia tu, selalu tayang2 che mat dengan gambar asam pedas telur ikan mayong, dan che mat sebenarnya idok leer terliur sangat, menten ok..,menten...cuma ada masa aku geram jugak, sikit2 telur mayong....dah lah tu, maggi pun taruk telur mayong...sampai ikan mayong semua nangis. Jadi tu hari che mat jumpa orang jual ikan mayong siap ada telur, jadi ku rembat dan topup sekeping isi ikan mayong. Bila masa telur ikan mayong ni kadang2 masalah juga, nak2 telur tu dah terkeluar dari bungkusan dia. Potensi kuah asam pedas jadi berketul2 amat tinggi. Che mat pun bukan pakar masak telur ikan mayong sebenarnya, salah satu sebab ialah kolestrol. Kalau sekali2 makan tu ok lah, selalu sangat, seramm.... Ok, jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Telur ikan mayong secukupnya 
1 keping isi ikan mayong, potong 4 (che mat potong 4 sebab saiznya besar)
1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 genggam daun kesom
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
2 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1/4 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur ikan mayong dicuci bersih dan toskan, tak perlu keluarkan dari kantungnya. Ikan mayong dipotong 4, cuci dan perap dengan jus limau nipis, biar hingga diperlukan nanti. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serai dan serbuk kunyit. Kacau rata, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biarkan mendidih. Tambah telur ikan dan kecilkan api. Tutup periuk dan biar telur masak dengan api kecil. Masak 8 - 10 minit. Kemudian masukkan ikan (cuci dulu), dan daun kesum. 
  4. Tambah lada hitam kisar, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman...
CATATAN MAT GEBU :- Jangan masak lama sangat nanti telur ikan jadi keras (bergantung pada saiz telur ikan, kalau ikan mayong tak berapa besar,  saiz telur agak kecil, kalau saiz ikan besar telur dia pun besar), dan bila masak, telur ikan mayong akan terkeluar sendiri dari kantungnya, yang penting anda masa dengan api kecil. 


3 comments:

Azie said...

As salam CMG. Selamat menyambut Ramadhan. Telur mayong memang kegemaran

Miss Sparkler said...

Sedap hingga menjilat siku he he he :)

Salam singgah dari http://harinumunirah.blogspot.com/2015/06/the-healing-love-part-15.html

Aini said...

sedap.. mak kita rajin bakar telur mayong ni.. cucuk2 sikit bagi keluar air dia pastu kacau dnan garam n kunyit.. sedappp.. sbb kalau masak asam pedas, kuah dia jadi pekat kan.. tp masak asam pedas pon sodap!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.