ASAM PEDAS IKAN PARI DAUN KESOM..

rsz_asam_ikan_pari_daun_kesom
Assalammualaikum, salam Isnin. Mengidam asam pedas ikan pari daun kesom hari ni. Maka che mat pun masak leer asam pedas. Jemu juga kan asam pedas saja, tapi kan yang anda jemu, yang tu che mat suka. Kali ni guna ikan pari tuka yang saiznya kurang lebih 10 inci (lebar pinggan makan). Bila nak beli ikan pari, che mat selalu hidu sikit bau dia, kalau bau ikan pari hancing atau seakan2 bau amonia, elakkan beli, nanti dah masak tak boleh makan. Satu lagi beli ikan pari jenis pari daun, yang tu in sha Allah lembut bila dimasak. Asam pedas che mat masak agak ringkas, cuma masukkan sayur terung sebagai bahan sampingannya. Bila sebut daun kesom, sudah semestinya daun kesom antara bahan utama selain bunga kantan. Kalau suka asam pedas anda hangat, boleh masukkan lada hitam kisar. Satu nak pesan, sebab ikan pari tuka ini agak lembut, anda masukkan sayur terung dulu dan bila terung empuk sedikit, baru masukkan ikan pari. Ini mengelakkan ikan pari hancur nanti...

rsz_asam_ikan_pari_daun_kesom1
Sebenarnya bila kita masak asam pedas, tak perlu banyak lauk pauk sampingan, dan paling tak pun anda bikin telur dadar dan ulam timun. Dalam gambar atas ni ada sambal belacan buah kuini. Selain tu ada juga che mat tumis kacang panjang sama ikan bilis, yang tu tak interprem pulak. Jika anda tak makan ikan pari, boleh ganti dengan apa2 ikan yang anda suka. Tapi setiap jenis ikan akan memberi rasa yang berlainan. Terung anda boleh ganti dengan bendi, tomato, sawi jeruk atau nenas. Ikut apa yang anda rasa sesuai. Ok, resipi memang dah biasa sangat. Tapi takpe, sebab che mat amat rajin hari ni, maka ku tuliskan resipi asam pedas ikan pari daun kesom di bawah ini...Jommm kita memasak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan pari tuka (kurang leboh 600 gram)
2 biji terung ungu, belah 2 dan kerat 3, rendam
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh lada hitam kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dibelah dua kemudian potong 4 bahagian setiap satu. Cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit. Kemudian cuci kembali hingga bersih dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit, kacau dan masak sekejap. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masukkan bunga kantan, terung (toskan) dan kuib ikan bilis (jika guna). Bila terung lembut sedikit, masukkan ikan pari, tuang sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daun kesom, lada hitam. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap hingga ikan pari masak (1 - 2 minit), rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...Selamat mencuba!


Post a Comment

2 Comments

  1. Asam pedas nie memang feveret.. Tapi kurang gemar ikan pari.. hehehe.. menggoda betul lauk nie..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...dah lah tengah berpantang sekarang memang menggoda betul asam pedas ikan pari ni

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.