BEN ASHAARI

Tuesday, March 10, 2015

TAUGEH SOYA TUMIS IKAN MASIN...

rsz_soya_bean_sprout
Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masak sup ayam, tapi tak masukkan entri sup ayam, sebab dah kerap sangat. Menu yang anda lihat ni pun dah banyak kali masuk dan resipi paling ringkas dan senang dimasak. Che mat memang penggemar sayur taugeh soya atau taugeh kasar. Rasanya rangup dan lemak. Boleh dimasak dengan pelbagai cara, masak lemak boleh, tumis air boleh, goreng belacan boleh atau nak senang, masak macam che mat buat tu tumis sama ikan masin. Guna isi ikan masin kurau, potong kecil dan rendam dalam air panas selama 20 minit untuk mengurangkan rasa masinnya. Kemudian che mat goreng dengan api kecil hingga kekuningan, tak perlu sampai garing nanti keras pulak. Ok, moh leer kita mula memasak....jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram taugeh kasar @ taugeh soya
1 keping tauhu keras
1 cekak kucai, kerat pendek
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, hiris
1 camca besar sos tiram
Isi ikan kurau masin sebesar 2 ibu jari
Sos ikan secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Taugeh kasar dibuang ekor, kemudian cuci bersih dan toskan. Tauhu dipotong kiub dan digoreng hingga kekuningan, angkat dan toskan. Ikan masin dihiris kecil dan rendam dalam air panas selama 20 minit, toskan, perah dan goreng hingga masak, tapi jangan sampai garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan cili merah dan kacau rata. Tambah  sos tiram dan ikan masin goreng. Gaul rata dan tuang sedikit air.
  3. Masukkan tauhu dan taugeh. Kacau dan masak dengan api kecil hingga taugeh lembut sedikit. Tambah kucai, kacau dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk2 lain.....Selamat mencuba!!.

5 comments:

Mayang ABDUL RAZAK said...

sedapnya cik mat..

Fara Nawawi said...

ada tak petua atau tips nak kekalkan taugeh supaya tak layu? selalu masak utk tengahari taugeh crunchy, tapi bila nak mkn malam.. agak lembik.

mrs.smile said...

saya pun pengemar tauge..kena cuba resepi ni nanti, thanks cik mat

HASRUL HASSAN said...

Uikss macam dah lupa lak pada menu ni .. sikit punya best tu ...

Malaysia Best Blog 2015

Amanda Suria said...

SA panggil ni taugeh kasar je..tp lagi suka taugeh ni dari yang halus

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.