Assalammualaikum, salam Rabu semua. Malam baru che mat berkesempatan kemas kini blog. Siang tadi teman blogger Sunah Sakura dan teman beliau Azila Aji, singgah ke pondok che mat. Dan che mat masak yang mudah2. Menu biasa tak payah lah dijadikan entri, betul tak. Tapi che mat sempat bakar kek oren. Mula2 nak bakar kek orang kosong saja, tapi macam boring aje, apa kata kita marblekan agar nampak cantik. Kek oren lembap senang amat sangat dibuat dan rasa dia pun sedap. Guna buah oren segar tanpa ditambah perisa tiruan. Bahan2 pun tak banyak, dan sebab che mat buat marble, tambah satu lagi bahan, serbuk koko..tu aje.
Resipi ni asalnya dari Chef Wan, dan sebab ia resipi senang dibuat dan sedap, seharusnya ia menjadi simpanan setiap surirumah. Bagi yang tak pernah bikin kek, anda juga boleh cuba membuatnya. Kek ini bila masak ia akan turun sedikit, tapi tidak lah jatuh merudum sangat, cuma turun sedikit saja. Kalau anda nak bikin kek oren yang kosong, tak perlu dimarblekan. Che mat guna 2 biji oren sunkist bersaiz sederhana. Che mat bakar dalam bekas aluminium saiz sederhana, dapat 3 biji kek, anda boleh guna acuan bulat saiz 8 atau 9 inci. Kalau ingin mencuba, jom che mat kongsikan resipi mudah ini...
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, emborg, golden churn)
1 cawan gula kastor (asingkan 2 camca besar)
2 biji orang sunkist saiz sederhana. cuci dan lap kering
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
3 biji telur gred A, asingkan kuning dan putihnya
1 camca besar serbuk koko
1/3 camca teh garam halus
Badam cincang, untuk hiasan (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 atau 9 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengar kertas minyak. Lenser juga kertas tadi (che mat guna tin aluminium pakai buang saiz sederhana, dapat 3 biji). Oren sunkist diparut kulitnya, pastikan bahagian kaler oren sahaja. Kemudian perahkan jusnya. Ketepikan.
- Putar putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan 2 camca besar gula kastor (yang diasingkan dari resipi) dan putar hingga bertanduk. Matikan mixer dan alihkan putih telur ke dalam bekas lain. Ketepikan.
- Masukkan mentega. garam dan gula kastor dalam mangkuk pemutar. Putar hingga gula larut, masukkan kuning telur, satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren hingga habis. Tambah parutan kulit oren, putar rata.
- Menggunakan spatula, cedok 1/3 bahagian putih telur (no. 2) dan gaul rata dengan adunan mentega, gunakan kaedah kaup balik. Cedok lagi 1/3 bahagian putih telur dan lakukan kaedah yang sama, buat hingga baki putih telur habis. Dan gaul hingga rata.
- Cedok keluar 3 camca besar adunan ke dalam mangkuk lain. Tambah serbuk koko (pastikan ia diayak), gaul hingga rata dan sebati. Tuang 1/2 bahagian adunan kek ke dalam tin, kemudian sudukan 1/2 bahagian adunan koko, buat beberapa tompokkan. Lorek dengan chopstik hingga membentuk corak marmar.
- Tuang baki adunan kek dan ratakan. Sudukan baki adunan koko atasnya, dan lorekkan dengan chopstick, pastikan anda tidak cucuk chopstick tadi hingga ke dasar tin, untuk mengelakkan lorekkn yang anda buat awal2 tadi rosak. Tabur sedikit badam cincang atasnya, jika suka.
- Bakar 45 minit atau hingga kek masak. Uji dengan mencucuk lidi sate bersih atau cake taster di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tu tanda kek anda masak. Keluarkan dari oven, biar 5 minit dan boleh keluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan.
1 Comments
Kek marbel ni memang nampak marbeles la ...
ReplyDelete