BEN ASHAARI

Thursday, January 8, 2015

PADA KHAMIS, 8 JANUARI 1976...

Pada hari Khamis 8 Januari 1976, che mat atau nama dalam surat beranak Adnan Bin Ibrahim), dilahirkan di Sedenak....dan hari ini juga pada hari Khamis, 8 Januari 2015 secara kebetulan tarikh dan hari yang sama, che mat menyambut hari lahir yang 39 (patutnya 21...ehhh). Sujud syukur pada Allah swt yang maha agung lagi sempurna atas segala kejadian, memberi pinjam nyawa hingga ke saat ini. Terima kasih tak terhingga pada Mak dan Bak atas segala jasa bakti mereka yang pasti tidak dapat dibalas. Pada Along, Angah dan arwah Uda (al-fatihah) yang telah banyak berkorban...terima kasih kerana menerima segala kekurangan yang ada pada diri ini...

Untuk sahabat handai, teman2 blogger dan sebagainya, terima kasih atas sokongan anda, sepanjang che mat berblog. Bila waktu2 macam ini che mat tak perlukan hadiah atau kata2 pujian, cukup lah sekadar doa untuk kesihatan dan kesejahteraan, itu lebih besar maknanya. Bila menjadi seorang blogger kita sudah menjadi sebahagian dari mereka, kerana sokongan merekalah blog masih boleh bertahan hingga ke hari ini dan mungkin juga di hari2 mendatang (selagi terdaya, in sha Allah dengan izin darinya).

Pesanan untuk diri sendiri sempena hari lahir ini. Belajarlah untuk menjadi insan yang selalu 'sedar diri' dan tau mana kedudukan dan kemampuan diri. Tak usah risau jika kau dianggap 'sendirian' selama2nya, kerana Allah itu ada, mati nanti tetap sendiri, harta betimbun bukan jaminan kebahagian. Bertabahlah wahai hati, wahai jiwa jika diusik dengan kata2 yang boleh buat kau berdenyut resah. Kau hanya menumpang sementara pada jasad yang sama. Tenang dan beristigfar...in sha Allah semuanya akan baik2 saja....Selamat hari lahir Adnan Ibrahim @ Che Mat Gebu....

25 comments:

Azita Zain said...

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran Che Mat. Moga dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dirahmati dan dilindungi olehNYA selalu. Dan moga terus sukses di dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Sis Lin said...

Selamat hari lahir Mat...
Moga Allah limpahkan rahmat ke atas ko Mat, di murahkan rezki dan di berikan kesihatan berpanjangan...

Aamiinn Ya Allah....

[n a j e e b] said...

Happy Birthday cikmat cayang!!
Semoga sentiasa awet muda, susuk platinum, sihat walafiat selalu...

Didoakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat...InshaAllah Amin.

Terima kasih sudi berkongsi ilmu dan menjadi sahabat kita sampai hari ini.

Love u cikmat!

Siti Hanis said...

A'salam...selamat hari lahir che mat..semoga dipanjangkan umur,murah rezeki dan terus aktif berblog..

Mama Kembar 3 said...

Happy birthday che mat! Moga panjang umur, murah rezeki & always happy

greetingsfromengland said...

Happy Birthday!Semoga diberkati Allah selalu.And please keep on blogging, you're certainly one of the best.

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum Che Mat…

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Che Mat…
Moga dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki.. sihat tubuh badan… dipermudahkan segala urusan selalu serta sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T… Amin...

syalinda johari said...

Che Mat, happy birthday...
semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, sihat selalu dan diberkati Allah SWT. Terima kasih kerana berkongsi resepi yang sedap2 belaka..

umi's cup cake said...

Selamat Hari Kelahiran Che Mat..Semoga Umur yang diberikan memberikan seribu manfaat dan rahmat buat Che Mat sekeluarga

http://umiscupcake.blogspot.com/2015/01/asam-pedas-johor-di-hari-lahir-che-mat.html

careno said...

Happy birthday che mat... aummm...

rossalle said...

**Selamat Hari Lahir** Semoga Kehidupan sentisa di rahmati dan sukses ber blog..

Dee Khalish said...

selamat ulangtahun kelahiran che mat.. semoga kehidupan sentiasa dirahmati dan sukses dlm kehidupan

Azlita Aziz said...

Selamat ulang tahun Che Mat, semoga Allah murahkan rezeki mat, di berikan kesihatan yang baik.. senantiasa gembira dan bahagia.. serta di rahmati di dunia dan akhirat

Juanita said...

"Happy Birthday Che Mat & Happy Happy Selalu"....... :)

Anira Abdul said...

Happy Born Day Che Mat. Semoga dimurahkan rezeki Che Mat, diberikan kesihatan yang baik, bahagia dunia akhirat.

Anil Wanina said...

happy birthday che mat.. ^_^

Ila said...

Happy birthday Che Mat... semoga happy sokmo!

Mayang ABDUL RAZAK said...

epi besday cmg

Gee® said...

Happy birthday to youuuu...

Maria Hasun said...

happy bezday :)

Ishak Ismail said...

wah sama la birthday kita che mat. patut la kita macho kaaan.. hehehe

Ima Marlina said...

Selamat Hari Lahir Che Mat, Semoga sentiasa berada dibawah lindungan rahmat Allah...

Fadhilah Izaraee said...

Happy Birthday che mat. Moga dirahmati selalu.

Chentahatiumi said...

Alhamdulillah......
Slmt hari lahir buat Che mat!
Terima lah saya sbgai sahabat blogger ....

Kengkawan said...

Happy 21st birthday Cik Mat.
Thnx for all d recipes shared.
lap u!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.