BEN ASHAARI

Monday, January 12, 2015

GULAI SIPUT SEDUT...

rsz_sedutz_siput
Assalammualaikum, salam semua. Mesti ramai ibu bapa atau penjaga yang mula sibuk memandangkan ada negeri2 yang sesi persekolahan bermula hari ini. Negeri Johor dan mula semalam. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Sabtu dan Ahad che mat sibuk dan tak sempat nak update blog. Hari ni che mat masukkan entri yang che mat masa Jumaat lepas. Seperti anda nampak, che mat masak gulai siput sedut. Di Johor, siput sedut boleh dikatakan satu hidangan yang popular. Dimasak gulai atau masak lemak sama batang keladi. Ia satu gandingan yang mantap dan amat serasi. Selalunya siput sedut disimpan semalaman. Bukak bungkusan siput sedut. Letak dalam bandi dan tabur dengan hampas kelapa, gaul rata. Tujuannya ialah untuk siput sedut tadi melakukan pembersihan diri. Ingat, guna hampas kelapa sahaja, jangan tabur kelapa parut yang belum diperah, nanti bila masak siput rasa tengik. Dan jangan lupa tutup permukaan baldi dengan tapis dan tindih dengan benda berat seperti batu lesung. Kalau tak siput semua lari....Resipi amat mudah dan jika anda nak mencuba, che mat tuliskan seperti di bawah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1kg siput sedut
1 pokok sederhana keladi sayur
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1.4 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Siput sedut dicuci bersih, kemudian kerat hujungnya pada ruas ke tiga dari atas. Buat hingga siap, cuci sekali lagi dan toskan. Batang keladi dibuat kulit luarnya, kerat pendek dan celur sekejap dalam air mendidih yang ditambah sekeping asam gelugor. Isi keladi direbus hingga 1/2 empuk. Toskan.
  2. Masukkan siput sedut dalam periuk bersama bahan kisar halus dan serai. Kacau dan masak sekejap. Tuang santan cair, dan masak hingga mendidih. Masukkan baki asam gelugor dan keladi. Masak hingga keladi empuk.
  3. Tambah batang keladi dan pati santan. Kacau rata dan biar mendidih. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan telur dadar..

7 comments:

Eny Abdullah said...

kalau boleh sedut siput siput tu dari sini kan best hehehehe
http://enyyusnizar.blogspot.com/2015/01/sotong-masak-pedas.html

adda syuhada said...

sedapnya...

Najib Ariyan said...

saya memang gemar giler makan siput sedut... dan lemak kuning lagi... saya tau car masaknya tapi saya tak tahu tips permbersihan tu.... wahhh terima kasih yer.. lepas ni kalau ada siput sedut mesti kena buat tu.... hampas kelapa yer... tengkiuuuu....

Sis Lin said...

Mat...siput sedut ni ko cuci dgn waterjet jgk ke ??? Hahahahaha

Adeiii sekali sedut, baik2 takut tanggal dalam hahaha

AMIIZAA said...

sedapnyaaa:)

Nadia Johari said...

siput sedut favourite

Lisa Nurulain said...

cik matt... pos ke kluang pleaseee.. eh nak tnya.. mcm mne bg siput tu tk pahit e?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.