PES PACERI 'TOK MOMMY KITCHEN' ANDA HARUS CUBA!

rsz_tok_mommy_paceri_nenas
Assalammualaikum, salam Jumaat semua....Ok, hari ni che mat ada entri yang amat2 menarik untuk dikongsi bersama anda. Ingat tak entri mengenai Pes siap guna Tok Mommy Kitchen yang ini? Dan kali ini ada satu lagi pes terbaru keluaran khas dari dapur Tok Mommy Kitchen, iaitu Pes Paceri yang bukan saja mudah digunakan tapi dijamin sedap dan berkualiti. Baru2 ni che mat ada cuba dan che mat guna nenas. Selain itu anda boleh guna terung, mangga muda (pilih yang mengkal), atau boleh guna kedondong. Tapi yang biasanya orang guna nenas dan terung. Satu yang menarik mengenai pes2 keluaran Tok Mommy Kitchen, mereka tidak menggunakan serbuk perasa atau msg. 

Style memasak terpulang pada anda, samada suka berkuah atau kering. Bagi che mat, paceri seharusnya tidak berkuah seperti kari. Tapi ini semua pilihan masing2. Jika anda guna nenas, tak perlu letak air banyak sangat kerana nenas akan mengeluarkan jusnya sendiri, kecuali kalau anda guna nenas dalam tin (boleh guna jus nenas tadi untuk menggantikan air). Dengan pes paceri ini, kerja anda lebih mudah. Tak sampai 15 minit anda dah boleh nikmati paceri yang sedap....Ok, bagi memudahkan anda, che mat tulis serba ringkas macam mana nak gunakan pes paceri Tok Mommy Kitchen...Sebarang pertanyanya pasal pembelian, harga, penghantaran dan sebagainya, anda boleh sms/wassap no - 013 3293 707 atau boleh ke FB Tok Mommy Kitchen di sini ...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket pes paceri Tok Mommy Kitchen
1 biji nenas saiz sederhana
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji bawang besar
3/4 cawan air
Gula jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Buka bungkusan pes paceri Tok Mommy Kitchen dan tuang ke dalam kuali. Tuang 3/4 cawan air ke dalam bungkusan pes tadi dan goncang2 sedikit dan tuang ke dalam kuali berisi pes paceri. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Sementara itu, kupas nenas, buang empulurnya dan hiris sederhana tebal. Cili hijau dan cili merah dipotong 4 menyerong. Bawang besar, dibelah 6. Ketepikan.
  3. Masukkan nenas ke dalam kuali, kacau dan masak hingga nenas lembut. Tambah bawang besar, cili merah dan cili hijau. Kacau rata dan masak hingga cili layu dan bawang lembut. Rasa dan jika anda suka manis, boleh tambah sedikit gula (garam che mat tak letak sebab rasanya dah ok). Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa seperti nasi minyak dan nasi beriani.
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda guna terung, anda boleh guna 2 - 3 biji terung ungu bersaiz sederhana (panjang 1 jengkal), kerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan dan rendam. Pastikan anda toskan terung tadi sebelum dimasukkan ke dalam pes rempah. Setiap hidangan sesuai untuk 4 - 5 orang...Selamat mencuba!!...

Post a Comment

6 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.