CEKODOK UDANG GERAGAU...

rsz_cekodok_gerragau

Salam semua. Petang tadi cuaca agak mendung, dan bila dok termenung, mulalah gatal tangan nak buat cemilan. Tempoh hari masa ke Johor, che mat singgah pasar kipt mart dan nampak ada jual udang geragau. Beli lah 2 pinggan RM 5, plan nak bikin cekodok geragau. Dulu che mat alah makan udang geragau, nanti jadi meruam2 pada kulit. Tapi sejak ni alhamdulillah, dah ok, tak perlu makan ubat pun tak gatal. Kalau alahan macam mana nak makan belacan, yea tak. Kan belacan dan cencalok diperbuat dari udang geragau. Ada yang panggail gerago atau udang pepai. Udang ni kadang2 saja jumpa jual yang segar. Kalau yang telah dikeringkan tu biasa ada dijual....

rsz_cekodok_geragau1

Memandangkan che mat agak rajin, maka ku jalankan projek cekodok udang geragau, macamlah susah beno. Che mat guna kurang lebih 1 cawan udang geragau yang telah dibersihkan. Tapi dalam gambar atas ni, tak nampak pulak udang geragau, sebab saiz dia kan kecil. Tapi rasa dia memang ke udangan geragau sangat. Satu lagi, tadi, che mat makan dengan kuah kacang, semalam punya....Sedap lah. Tapi kat gambar tu che mat guna sos cili aje. Bagi yang ragu2 nak bikin cekodok udang geragau, che mat kongsikan resipinya dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan udang geragau segar
1 biji bawang besar, didadu
1 pokok daun bawang, potong kecil
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
2 cawan tepung gandum
1 biji telur dipukul sedikit
1/4 camca teh baking powder
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Sos kegemaran anda untuk dimakan bersama cekodok

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Udang geragau diletak dalam tapis kemudian lalukan bawah air paip, gunakan tapis berlubang kecil untuk mengelakkan udang geragau lolos. Perah sedikit dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga bahan lain kecuali air, garam dan sos. Kacau rata.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diadun dan air habis. Masukkan garam secukup rasa, dan kacau rata. Rehatkan adunan 10 minit. Kemudian sudukan 1 camca besar adunan dalam minyak panas dan goreng hingga masak. Pastikan jangan goreng terlalu banyak (ikut saiz kuali yang anda guna). Goreng hingga kuning keemasan pada semua bahagian cekodok. Angkat dan toskan.
  3. Buat kaedah sama untuk baki adunan, Hidangkan bersama sos kegemaran anda untuk minum petang atau sarapan pagi...Selamat mencuba!!

Post a Comment

7 Comments

  1. sedap cucur ni...nak nak kalau guna udang geragau yang fresh, memang best. Kak KK ni mudah gak dapat udang ni CM...bebudak jer jual tepi tepi jalan...cuma jarang buat sebab isi rumah ni ado yang alah dengan udang kang bengkak segala yang boleh bengkak....bengkak jer hati yang boleh makan kan... :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa.. mak saya selalu pakai udang kering tanpa kulit tu sahaja.. nanti boleh try udang geragau ni...

    ReplyDelete
  3. terliur pulak, petang ni nak buatlah

    ReplyDelete
  4. memang sedap. Kita pun kalau buat suka letak udangnya banyak2,baru terasa bila gigit..hee

    ReplyDelete
  5. perghh..minum dengan kopi ke? dah laa cawan klasik.. syokknyeeee

    ReplyDelete
  6. sedapppp cukodok ni... makan time hujan, panas2.. lagi sedappp.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. time hujan macam ni..kena sebiji..alangkah enaknya

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.