BEN ASHAARI

Thursday, November 6, 2014

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN...

rsz_kacang_hijau_bubur

Kadang2 kita akan termegidam nak makan sesuatu tanpa kita jangka. Contohnya macam kes bubur kacanf hijau durian ni, tiba2 bonda che mat rasa nak makan. Pada che mat ia bukan satu masalah jika bahan2nya ada. Kata orang kacang hijau ni angin dan kalau lebih makan, mula lah bom asyik meletop. Tapi kan kalau badan anda rasa angin banyak, rasa sebu semacam, anda boleh rebus kacang hijau dan masukkan sedikit halia yang diketuk dan 2-3 ulas bawang putih, masukkan sedikit gula melaka. Rebus hingga kacang hijau kembang. Lepas tu anda makan, in sha Allah boleh buang angin dalam badan. Berbalik cerita bubur kacang, kalau dulu2 masa takde periuk tekanan, kalau nak bikin bubur kacang hijau, kita kasi rendam dulu semalaman dan esoknya rebus sampai kembang. Kalau sekarang, rebus terus dalam periuk tekanan, 5 minit je da kembang, tinggal leburkan bahan2 lain, masak sekejap dan jadi bubur kacang...mudah kan...

rsz_kacang_hijau_bubur1

Bubur kacang juga enak dimaka bersama roti atau biskut. Selalunya biskut tawar atau biskut krim kraker cap ping pong..ehh...terpromosi pulak. Tapikan biskut kecik2 macam dalam gambar tu pun sedap dimakan sama bubur kacang, apa eks orang panggil biskut tu...biskut mayat kan?..errr..macam seram jee. Satu yang bess pasal bubur kacang ni, kalau tak habis, anda boleh jadikan aiskrim Malaysia. Penggunaan gula juga memainkan peranan untuk mendapatkan bubur kacang yang sedap. Che mat lebih suka gula melaka, masak dulu dengan gula pasir dan tapis untuk membuang kotoran, kemudian baru masukkan ke dalam bubur kacang. Kalau dah ada durian seelok2nya tak perlulah manis sangat. Bagi yang tak biasa bikin bubur kacang durian, meh sini che mat sharekan resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1 liter santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya (che mat guna kurang lebih 10 ulas durian)
1/2 camca teh garam
Air secukupnya
Gula jika perlu
Biskut atau roti untuk dimakan bersama bubur kacang nanti

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rebus kacang hijau hingga kembang (kalau guna periuk tekanan tak perlu rendam, cuma perlu rebus 5 - 7 minit atau ikut buku panduan periuk tekanan masing2). Masukkan daun pandan, durian dan air gula tadi. Kacau dan masak hingga mendidih. Tambah air jika perlu.
  2. Tuang santan. Masukkan garam. kacau dan masak hingga mendidih, jika anda suka bubur kacang yang cair, boleh tambah sedikit lagi air dan biar mendidih. Rasa dan jika anda rasa kurang manis, anda bole tambah gula pasir. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama roti atau biskut...sedap juga dimakan sejuk...hmmmm..

4 comments:

Hamidi SP said...

Bubur kacang hijau memang febret tapi tak nak la pula campur dengan biskut..hehe

Eny Abdullah said...

Silap baca tadi igt kan bubur kacang ni campur halia dan bawang putih check resepi takde pun..... ulang baca rupanya petua heheheh.... sedapnya cicah biskut. Cicah roti bakar pun sedap gak ni...

Izzah said...

Memang feveret ni ...terliur pla tgk..

Anda menghadapi masalah rambut? Jom try 1 minggu je dah berkesan. Klik >> TONIK RAMBUT RABAN EXTRA MERAWAT DALAM TEMPOH 1 MINGGU SAHAJA

nurazah mohamad nor said...

Assalamualaikum En Mat😊
Azah copy yer resepi ni😉

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.