MI REBUS JOHOR UNTUK AIDIL ADHA...

rsz_miee_rebos

Assalammualaikum, salam Isnin dan rasanya masih tak terlewat untuk che mat ucapkan Salam Aidil Adha untuk semua pengunjung2 blog che mat, khususnya mereka yang berugama Islam. Bagaimana hari raya anda?...Rasanya raya haji tahun ni cuti agak lama juga, dan pasti ada yang pulang ke kampung halaman. Tiga hari che mat tak letak apa2 entri di blog, sebab keadaan memaksa. Bukan tak masak, cuma masa tak mengizinkan che mat nak ambik gambar. Blog masakan tak sama dengan blog personal dan sebagainya. Kalau blog masakan tiada gambar masakan dan resipi, bukan blog masak2 namanya. Kecuali kalau blog anda jenis JJCM ( Jalan2 Cari Makan), yang tu bila2 boleh update. Terutama bila anda makan di restoran2 atau warung2 sekali pun, bila berkenan dengan hidangan tersebut, anda boleh ambik gambar dan bikin entri...tak pasal2 tempat makan tu dapat promosi percuma!...

rsz_miee_rebos1

Untuk hari raya haji tahun ini che mat menerima kunjugan teman blogger, Sis Linn sekeluarga (termasuk adik sis lnn dan bonda, Makcik Rosnah). Sue Jousha sekeluarga dan tak lupa cikgu Azlinda taib. Che mat hidangkan mi rebus Johor, ketupat, kari ayam, rendang daging. sayur lodeh dan sambal sotong kembang kacang tanah. Tapi benda2 t dah biasa dan resipi ada dalam blog ni. Mi Rebus Johor tak susah membuatnya, yang penting air rebusan daging perlu ada (che mat guna air rebsan tulang 'gear box'), Rebus tulang tadi dalam air yang banyak selama 2 jam atau hingga daging2 yang ada pada tulang tadi lembut, kalau ada periuk tekanan, 45 minit sudah memadai. Che mat masukkan juga udang kering yang telah direndam dan dikisar halus. Tak lupa keledek oren. Cuma satu saja yang tak sempat nak buat, tepung rangup. Apa2 pun mi rebus Johor sesuai untuk anda hidangkan pada semua majlis...Resipi berikut untuk hidangan 2 kg mi kuning...

BAHAN-BAHAN KUAH MI REBUS JOHOR :-)
1.5 tulang lembu (gear box), cuci bersih*
2 inci halia, hiris*
4 ulas bawang putih*
6 liter air*(*direbus 2 jam)
700 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
800 gram keledek oren, rebus dan lecek halus (boleh ganti dengan kentang)
3 1/2 camca besar rempah kari daging (baba's)
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
2 batang serai, diketuk
1 inci lengkuas, diketuk
3 camca besar tauco, tumbuk halus
3 camca besar cili kisar
100 gram udang kering, rendam 10 minit, tos dan kisar halus
1 cawan kacang tanah, disangrai, buang kulit dan tumbuk halus
3 camca besar gula melaka
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji bawang besar 
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
2 kg mi kuning, cuci dan celur 30 saat, toskan
Telur rebus secukupnya, belah 2 setiap 1
Tauhu, digoreng dan hiris 
Taugeh, dibersihkan, siram dengan air panas dan toskan
Hirisan daun sup/ daun bawang
Hirisan cili merah/cili hijau
Bawang goreng secukupnya
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Tepung rangup (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH MI REBUS :- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1 cawan). Tumis serai dan lengkuas hingga harum, kemudian masukkan cili kisar dan tauco, masak hingga garing. Sementara itu, bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar halus, kacau hingga menjadi pes. Masukkan ke dalam periuk, masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan udang kering kisar dan daging. Kacau rata, masak sekejap hingga daging kecut. Tuang air rebusan tulang lembut bersama dengan tulang2nya sekali. Kacau rata dan biar mendidih (tambah air jika perlu). Masukkan keledek yang dilecek tadi, kacau perlahan dan masak dengan api sederhana. Tambah gula melaka dan biar seketika.
  3. Tambah kacang tanah tumbuk dan tomato, kacau rata. Perasakan dengan garam secukupnya, dan jika kurang manis, masukkan sedikit gula pasir (biasanya mi rebus agak manis sedikit, tapi bukanlah manis seperti pengat, anda pandai2 lah agak, ikut selera masing2). Masak hingga kuah kelihatan pekat (boleh juga masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam kuah untuk lebih pekat, caranya 1 atau 2 camca besar tepung gandum + 1/2 cawan air, kacau rata dan masukkan ke dalam kuah. Kacau dan masak hingga pekat). Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK MI REBUS JOHOR :- Masukkan mi secukupnya ke dalam mangkuk sesuai, Tuang kuah mi rebus secukupnya. Letak taugeh, tauhu goreng, hirisan cili merah/cili hijau, hirisan daun bawang/daun sup, tepung rangup, telur rebus dan belahan limau kasturi. Kalau suka anda boleh renjiskan sedikit kicap lemak manis JALEN sebelum dihidangkan...Sedap dimakan panas..

Post a Comment

14 Comments

  1. teringat pulak masa sek rendah dulu ada sorang pakcik meniaga mee rebus guna motor dari rumah ke rumah. Jadi kita hulur pinggan sajalah.. dan selalu mintak keropok lebih.. hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. kak baru belajar nak masak0masak.. banyak lagi yg kak nk baca dlm blog kamu.. apapun kak suka baca blog anda..

    jemput blogwalking di www.yatiadam.com

    ReplyDelete
  3. Mi rebus Johor mmg best.lgi2 le.kalau ada letak keropok yg korup kerap tu

    ReplyDelete
  4. terliurnyaaaaa! Terpaksa singgah JM Briyani kalau nak makan.

    LEpas ni boleh try resepi ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Semalam Raya Haji kita buat Lontong Johor pinjam resepi Cik Mat. Terima kasih ya. 1st time buat sendiri, lepas ni dah xmakan dah lontong beli.

    http://suzlinazreena.blogspot.com/2014/10/salam-hari-raya-aidiladha-1435h.html

    ReplyDelete
  6. Macam best. Boleh cuba nanti...

    http://mrsjaysblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Hai...bestnye mee rebus johor lama xmkn...rindu masakan johor! Tq sharing resepi ;)
    Jemput singgah blog sy pula ye..tq.
    www.shazdeshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Mat ...
    Aku siap tapau lagi..licinnn...

    Nanti bole cuba plak veris ko ni..memang sedap!

    ReplyDelete
  9. sedapnya..hehe pagi pagi sudah terliur

    ReplyDelete
  10. salam aidiladha che mat...samalah menu che mat dgn mak saya...mee rebus di aidiladha..hehehe

    ReplyDelete
  11. memang sesuai la time2 byk daging ni...sedap nih dgn air rebusan tu manisss aje

    ReplyDelete
  12. Wah, sedapnya.. Kena ada tahap kerajinan yang tinggi untuk memasaknya..

    ReplyDelete
  13. che mat! saya tiap kali nampak entry mee rebus keluar kat blog ni mesti berusaha balik rumah buat jugak..and resepi che mat memang THE BEST!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.