JERUK EPAL HIJAU ASAM BOI..

rsz_jeruk_epal_asam_boi
Kata orang rotan takde, akar pun berguna...samalah macam entri kali ni. Merata2 kat FB orang bikin jeruk mangga asam boi, tapi stok mangga takde, jadi che mat ganti dengan epal hijau. Asyik lalu aje kat timeline, mana boleh jadi yea tak. Buat dia memang ciken dodol sangat, senang gileerr. Tak ambik masa lama pun, tapi dengan syarat bahan2 kena lengkap. Ada yang sampai berniaga, dah satu nasihat che mat lah, kalau anda jual benda2 macam ni, ia kuran sesuai kalau nak dipos2 bagai, lebih elok, beli secara terus, kualiti pun terjamin, Kalau anda pos, silap haribulan jeruk yang sampai dah rosak. Ingat jeruk macam ni bukan macam jeruk kedai tu, ini cuma jeruk style orang kampung. Kalau jeruk kedai mereka guna bahan2 khas... Malas lah cerita banyak, jomm lah kita bikin jeruk epal asam boi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji epal hijau, cuci bersih dan toskan
15 biji asam boi @ asam kecut (jenis putih)
1/4 camca teh garam
1/3 cawan gula pasir
3 biji limau kasturi, belah 2 setiap 1
10 biji cili padi thai, potong kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan botol kaca, cuci bersih dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan. Epal hijau dibelah 2 setiap satu, korek keluar bahagian tengahnya (empulur) kemudian hiris sederhana tebal (che mat hiris menjadi 6 keping untuk 1/2 bahagian epal). Buat kaedah sama untuk 1/2 bahagian epal lagi. Dan juga baki kesemua epal. 
  2. Masukkan semua epal2 hijau yang telah siap dipotong ke dalam bekas besar. Kemudian tambah gula pasir, garam, cili padi, asam boi dan limau kasturi. Gaul rata2 hingga semua mesra. rasa dan jika suka manis, anda boleh tambah sedikit lagi gula.
  3. Kemudian masukkan ke dalam botol tadi (mungkin anda kena guna 2 biji botol). Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4-5 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih ampuh. Sedap dimakan sejuk...(nanti che mat nak try buat guna buah amra @ kedondong pulak.. )

Post a Comment

15 Comments

  1. idea yang menarik,boleh lah saya cuba nanti sebab saya memang suka jeruk untuk tambahan bakteria baik macam orang korea makan kimchi

    ReplyDelete
  2. skrg ni mangga sold out cikmat baik guna epal lagi baik, kaknoor pun mencari mangga takde terpaksa guna kedondong haha, esuk lusa guna epal lagi tqvm cikmat bagi idea

    ReplyDelete
  3. Glupppp!!!! telan air liur dulu.

    nak cuba jugak buat guna apple hijau nih... kedondong kena tunggu balik kg pulak lah.

    ReplyDelete
  4. Che mattttttttt.... grrrrr... nak kena buat laaaaa mcm ni...

    ReplyDelete
  5. pagi-pagi tengok makanan macam ni memang membuatkan perot jadi lapa balik walaupun dah sarapan tadi

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih bagi resepi, nampak sedap. Teringin kak zana nak cuba

    ReplyDelete
  7. ramai yang mencari resipi ni...da viral da...semua mengidam katanya..hee

    ReplyDelete
  8. Terima Kasih berkongsi resepi...nak buat juga ni..kat fb setiap hari news feed jeruk mangga hihi

    ReplyDelete
  9. Epal hijau ada stok leh la cuba resepi che mat ni..nampak sedap

    ReplyDelete
  10. Trending masakini..saya penah beli tp sgt kecewa sbb x serupa spt dlm gmbr...huhuhu...peringatan utk diri sendiri...rajin2 la buat sendiri..air tgn sendiri tersgt bagus utk ank2 dan suami..thanks for this sharing.
    Kawan2 jemput jalan2 ke blog saya..
    sitinorazizah920702.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Baru jer buat pagi tadi guna mangga, makan sampai tak boleh berhenti..:-)
    Jemput ke blog saya www.liezamohd.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Baru jer buat pagi tadi guna mangga, makan sampai tak boleh berhenti..:-)
    Jemput ke blog saya www.liezamohd.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Petang ni nk pegi pasar tani nak cari buah epal hijau ni nk buat mcm che mat buat...

    ReplyDelete
  14. Kalo pakai epal ijau x lebam ke?kalo lma2 lebam x

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum En Mat😊
    Azah copy yer resepi ni😉

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.