CHAR KUEY TEOW 'CINCAI'...

rsz_mi_malas

Petang tadi seperti biasa, proses mengemas khazah2 dalam peti sejuk dan freezer pun berlaku. Boring ok nak buat tu semua, huhu, tapi apa nak buat, dah salah sendiri, tanggung aje lah. Maka dalam freezer tu ada kuey teow yang dah beku tapi masih ok, masih elok. Jadi dari membazir, moh kita ke dapur. Stok udang dengan kerang  pun ada. Sambal tumis pun ada, che mat memang ready aje stok sambal tumis dalam peti sejuk. Senang kalau nak guna, untuk goreng nasi ke, goreng mi ke atau apa2 lah resipi yang perlukan 'sambal', Satu lagi bila anda ada stok sambal, ia lebih memudahkan kerja anda memasak, contoh kalau ada tetamu datang, setakat nak goreng mi hoon atau mi kuning takde masalah....

rsz_mi_malas1

Nampak sedap kan?...ehem, mesti ada yang kata, che mat saya suka yang basah, yang ada kuah sikit. Ok, itu semua terpulang pada anda. Kalau nak berkuah, tak susah, tambah air rebusan ayam, takde pun curah saja air. Che mat suka kuey teow yang kering2 lembap dan bukan lah kering kontang sangat, alaa macam kuey teow jual kat pasar malam tu, yang digoreng dalam kuali leper tu, kan nampak kering, tapi lembap, bukan basah berkuah..pernah tengok tak?...Jangan kata tak pernah pi pasar malam pulak. Style che mat goreng mudah saja, yang penting kena siapkan semua bahan2 kat tepi dapur dan mudah dicapai. Char kuey teow 'cincai' ni kena makan dengan cili jeruk, hmmm,  baru lah terangkat!!....Jomm kita masak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam kuey teow (yang ni anda agak2 lah yea), cuci dan toskan
6 ekor udang saiz sederhana, kupas kulit dan bersihkan
1 genggam isi kerang
10 tangkai kucai, potong pendek
1 genggam taugeh, cuci dan toskan
1 camca besar sambal tumis
1 biji telur, dipukul sedikit
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
Sedikit air
Sos ikan secukup rasa
Cili hijau jeruk, untuk dimakan bersama kuey teow

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan 2 camca besar minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukka sambal tumis dan kacau rata. Tambah udang dan kerang, masak hingga udang berubah warna.
  2. Tambah kicap pekat, kicap lemak manis dan sedikit air (anggaran 2 camca besar), kacau. Masukkan kuey teow dan kacau rata. Buat lubang ditengah2 kuey teow, tuang sedikit minyak dan masukkan telur. Biar telur kental dan kacau hancur. Gaul rata dengan kuey teow tadi, guna api besar.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa, masukkan taugeh dan kucai. Gaul pantas hingga rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cili hijau jeruk. Sedap dimakan panas...ehemmm..

Post a Comment

7 Comments

  1. As salam Che Mat. Bolehlah share mcm mana buat sambal tumis sebagai ibu paste dan macam mana simpan dlm freezer sebagai panduan kita semua.

    ReplyDelete
  2. sedapnya..
    sebenarnya kan cikmat.. saya dah cuba resepi cikmat yg buat pecal tu..alhamdulillah.. kawan ckp sedap tp saya tak suka bau cekur tu.. kena kurangkan kot..sebab kalau letak banyak kuat benor bau nye..
    ke mmg gitu bau die?

    Tips Memilih Supplement Sendi Yang Betul

    ReplyDelete
  3. nak berguru memasak ngan CMG buleh dak? sesekali nak gak memasak untuk isteri..... nie langsung tak reti nak masak apa. wife dah banyak kali request nak cuba masakan saya. hahahaha...kes naya nih

    ReplyDelete
  4. Cincai pun nampak sedap juga.

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  5. cincai pon npk sedap.... :)
    jom la jln² kt blog sy...

    http://cikanozzshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.