BEN ASHAARI

Wednesday, September 3, 2014

BILA MASA MENCEMBURUI....KITA MASAK YANG MUDAH..

rsz_kangkung_udang_kering

Assalammualaikum, salam semua. Cuaca mendung dan hujan di kampung che mat. Hari ni masak yang mana sempat saja, takde menu2 yang urban sangat, semua jenis campak2 tapi masih dimasak dengan penuh sabar dan kasih sayang....ehemm. Seawal pagi tadi kami telah ke pasar di Simpang Renggam, errr..kalau ikutkan ia bukan lah pasar yang betul, tapi kedai menjual ikan dan sayur...Harga amat berpatutan dan tauke dia nama Encik Bakar, cukup2 baik orangnya, tak kedekut. Moga perniagaan beliau bertambah maju. Ok berbalik cerita asal. Lepas beli2 semua dan kami singgah ke pasar borong di Benut sekejap. Habis berbelanja, terus kita orang balik. Sampai rumah dalam jam 10 pagi, ok bergegas2 masak pulak. Tapi alhamdulillah, menu semua yang ringkas2...sonang kojo den. 

rsz_ikannn_goreng

Sebab che mat beli kangkung, maka ku buat kangkung udang kering, alah macam kangkung belacan tu, tapi nko hempok kan udang kering sebagai salah satu rencahnya. Kalau tak reti nak masak, nanti che mat share resipi dia yea. Kata orang kalau badan sengal2, elak makan sayur kangkung kerana ia sejenis sayur berunsur sejuk. Tapi che mat on aje, alhamdulillah ok, tak de pulak lenguh2 sendi, tatau lah masa2 akan datang. Maklumlah umur pun makin muda baru 21...hehe...caya eks?. Jangan caya ok. Selain tu che mat goreng juga ikan kembong besar, goreng lembap2 dan dicicah air asam budu yang pedas berapi...ehemm...

rsz_tauhu_cuka

Dan....terakhir sekali che mat goreng tauhu..tauhu biasa tu. Kemudian kasi bikin dia nya sambal cuka untuk dimakan bersama tauhu goreng. Tauhu goreng cicah sambal cuka ni kegemaran bonda che mat. Boleh juga dimakan untuk minom petang. Kalau anda tak suka sambal cuka, boleh cicah sambal kicap. Ini terpulang pada selera masing2. Che mat tulis serba ringkas resipi apa yang dimasak hari ni yea...Jommm..

KANGKUNG GORENG UDANG KERING....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak kangkung, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
1/4 cawan air

BAHAN-BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci belacan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan perah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan sos tiram, kacau dan tambah air. Biar mendidih. Masukkan bawang besar dan batang kangkung. Gaul rata dan masak hingga lembut.
  2. Besarkan api, masukkan daun kangkung dan kacau pantas, perasakan dengan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain...

IKAN GORENG CICAH AIR ASAM BUDU :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong saiz besar
1 inci kunyit hidup*
1 camca teh garam kasar*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk hingga halus)

BAHAN-BAHAN AIR ASAM BUDU :-)
30 biji cili padi
Secubit belacan
2 biji bawang merah, hiris
1 camca besar pes asam jawa
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1 camca besar gula atau secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK IKAN GORENG :- Siang ikan kembong tadi, cuci bersih dan kelar2 sikit. Lumur ikan tadu dengan bahan2 tumbuk halus dan perap sekejap (20 minit). Panaskan minyak dan goreng hingga masak, tak perlu sampai garing, cukup ikan masak sahaja (tapi kalau anda suka garing pun boleh, ikut suka). Hidangkan panas bersama air asam budu dan nasi panas..
  2. UNTUK AIR ASAM BUDU :- Tumbuk cili padi dan belacan hingga halus, masukkan bawang merah hiris dan tumbuk sekejap, tambah pes asam jawa dan gula, gaul rata. Tuang budu, air dan jus limau kasturi, gaul rata2 dan seimbangkan rasa (mesti ada rasa pedas, masin, manis dan masak). Boleh hidangkan bersama ikan goreng tadi...

TAUHU GORENG SAMA SAMBAL CUKA :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
4-5 keping tauhu keras, potong 4 setiap 1 dan gaul dengan sedikit garam
4 biji cili merah (buang biji kalau tak nak pedas)
3 ulas bawang putih (kalau saiz bawang putih besar, guna 2 )
3 camca besar cuka makan JALEN
2 camca besar rata gula
1/2 camca teh garam
4 camca besar air masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak untuk goreng terendam, kemudian goreng tauhu tadi hingga keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan. Sementara itu dengan menggunakan lesung batu. Tumbuk cili merah hingga lumat, tambah bawang putih dan tumbuk hingga bawang putih hancur. Tambah gula dan garam, terus menumbuk hingga sebati.
  2. Tuang cuka makan dan air, kacau hingga semua rata dan mesra. Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama tauhu goreng tadi.... Selamat mencuba!!.

7 comments:

young girl said...

sedapnya makanan tu

shaz mizah said...

paling selera tgk kangkung tu.. terliur aku... huhu..

Aishah Ahmad said...

Terliur nye dh la lapar skrg ni

drreza said...

Kalau ada ikan kembung goreng ngan nasi panas,tak lapar pon bole on kan che mat?

Lynn Munir said...

Resepi ringkas pun sedap.

musa nora said...

pling trliur ngn tauhu n smbl cuka..

Azura Aziz said...

CM, yg simple ni dah cukup sedap dah ni ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.