BEN ASHAARI

Tuesday, July 22, 2014

GULAI UDANG HARIMAU SAMA NENAS...

rsz_gulai_udang_harimau_nenas
Assalammualaikum, hari ni che mat masukkan entri berbuka puasa yang che mat masak semalam. Masak atas permintaan. Ingat tak udang harimau yang che mat masak tu hari?..Masib ada berbaki lagi, jadi Bak cadangkan udang harimau tu buat gulai atau masak lemak sama nenas. Baik lah..maka operasi memasak pun bermula. Tak susah mana masak macam ni. Pada che mat ia antara hidangan paling senang disediakan, dan apa yang penting bahan2 terutamanya santan kelapa kena diperah dari kelapa parut segar. Nenas pulak che mat guna nenas Sarawak yang manis bersari. Sebab saiz nenas ini agak gergasi, maka guna 1/2 biji saja. Masak ni, buat sambal belacan, ada pulak ikan goreng dan boleh tambah telur dadar jika suka, hidangkan bersama nasi panas...hmmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang harimau
1/2 biji nenas Sarawak, dikupas dan hiris sederhana tebal
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyir, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gul secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
2 biji cili merah
10 biji cili padi
2 keping hirisan nenas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang harimau dibersihkan, cuci dan tos. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan2 kisar halus. Kacau dan masak hingga mendidih dan udang bertukar warna kemerahan. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  2. Tambah nenas dan asam gelugor. Masak hingga nenas lembut. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit. Biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, ikan goreng, sambal belacan dan telur dadar..


6 comments:

fazianbatrisyia said...

yg ni mmg sedap

noraimi syazwani mohd yusoff said...

balik sarawak nnt nak try masak dengan udang galah lah!tq CM

Faizal Dahan said...

alahainye sedapnye..nyum nyum

Abdul Rahman Zain said...

Should you are unable to be of assistance to your children in the preparation of a project paper, do not regret. Just log on to rayproofread.blogspot.com for help. Ray will be able to edit the draft that enables the examiner to read with pleasure and and in the course of reading, identify the substance in the writing.

Sekiranya anda tidak dapat membantu anak-anak anda dalam penyediaan kertas kerjadi dalam Bahasa Inggeris sehingga ke peringkat sekolah menengah, usah risau. Sila layari rayproofread.blogspot.com untuk bantuan. Ray akan dapat mengedit draf yang membolehkan pemeriksa membaca dengan lancar dan pada masa yang sama mengenal pasti bahan yang membezakan yang baik dari yang biasa dalam penulisannya

Abdul Rahman Zain said...
This comment has been removed by the author.
Daus Redscarz said...

Sedapnya... terliur pepagi..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.