BEN ASHAARI

Monday, July 14, 2014

BISKUT SENYUM @ BISKUT KELAPA WARISAN..

rsz_biskut_kelapaaaa

Salam semua. Dah mula bikin biskut raya?...Dan che mat pasti dah ramai juga yang mula mendapat biskut2 raya yang ditempat. Biskut raya bukan lah wajib, cuma tanpa biskut raya, umpama tiada raya, walaupun biskut raya boleh didapati dibulan2 biasa. Kemeriahan aidil fitri lebih bewarna warni dengan kehadiran biskut2 raya dalam balang kuih comel di meja rumah anda. Teringat zaman dulu, masa zaman bonda che mat bikin biskut. Tiada oven modern, tiada mixer canggih, yang ada cuma hand mixer, tu pun dah kira bess sangat. Oven pulak jenis yang tenggek atas dapur gas, oven hitam cap kupu2 tu. Hasil biskut raya tidak mengecewakan....


rsz_biskut_kelapaaaa1
Biskut Senyum atau biskut kelapa yang memang setiap tahun che mat buat, Ini biskut kegemaran bonda. Kata bonda asal2 biskut ni memang bulat2, ditepek ceri dan gaul dengan kelapa kering. Che mat banyak kali juga ubah dengan cara menerap dan sebagainya. Tapi akhirnya berbalik pada bentuk asal lagi tradisi - gentel2. Untuk adunan ini anda dapat kurang lebih 100 biji kurang lebih. Jumlah bergantung pada saiz biskut yang anda buat. Che mat punya ni kurang lebih dalam 1 camca teh untuk sebiji biskut. Satu lagi che mat goreng tanpa minyak dulu kelapa kering  hingga wangi dan perang sedikit sebelum dikisar. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung jagung Brown & Polson (atau tepung jagung biasa)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
1 cawan kelapa kering, digoreng tanpa minyak hingga perang dan kisar halus
1 kuning telur gred A
80 gram gula aising
1 camca teh esen vanilla
Mentega secukupnya (kurang lebih 250 gram)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Kelapa kering secukupnya untuk menyalut biskut

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar kuning telur. esen vanilla dan gula aising hingga berkrim. Sementara itu gaul rata tepung yang telah diayak dengan kelapa kering yang dikisar halus tadi. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + kelapa kering kisar sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata (adunan seakan2 serbuk roti).
  2. Masukkan mentega sedikit demi sedikit (1 camca besar sekali masuk) sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Matikan mesin, bulat2kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  3. Sediakan dulang pembakar. Cedok 1 camca teh adunan doh, bulat2kan dan hias dengan ceri yang telah dipotong kecil. Kemudian golek2kan dengan kelapa kering. Susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit atau hingga masak (che mat suka biskut yang garing dan sedikit perang), pusing2kan dulang pembakar selepas 10 minit biskut di dalam oven. Sejukkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara..

11 comments:

ISMA ILYA AHMAD PUAD said...

sedapnya.. dah la gebu gebas... ^^
macma nak cuba je..
nyum nyum

Teacher Basariah said...

ni biskut zaman kanak2 dulu..payah nak jumpa dh ni..

Rozita Ismail said...

salam singgh n follow disini..sedapp tu!!

Farah Rahim said...

wah dah sart buat kuih raya!

Julie M said...

nak try buat ni, thanks utk resepi tu En. Mat :)

musa nora said...

tringt masa kecik2 dlu bila tgok kuih ni..rindu sgt2 knangn trsebut..

Eyriqazz GTO said...

Hohohoh,raya ni nak terjah rumah cik mat la camni

PakcikLie PCL said...

Salam cik mat..geng seludup mai sini..ini brp banyak boleh ngap sekali hadap?..

fabulousnana said...

bagus buat sendiri kan.. jimat..berbaloi...

Firda said...

Assalamualaikum, saya suka sangat dengan biskut kelapa. Minta izin amik resipe ya.. nak cuba.

annese-balqese said...

salam en.mat...
btuika jd krim time pukul telur dgn gula?
knp try x jd ya..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.