BEN ASHAARI

Friday, July 18, 2014

AGAR-AGAR SOYA YEO'S LAPIS COKLAT

SOYA KOKO
Assalammualaikum semua, masak apa petang ni?...Puasa pun dah masuk minggu ke-3, tak lama lagi nak menjelangnya aidil fitri. Dan masa ni makanan untuk berbuka puasa lebih kepada yang ringkas berbanding awal-awal puasa dulu. Hari ini che mat nak berkongsi resipi agar-agar soya YEO'S lapis coklat dan semestinya menggunakan produk minuman soya YEO'S. Amat sesuai sebagai juadah pencuci mulut. Kanak-kanak sudah pasti menggemarinya. Satu kelebihan minuman soya YEO'S ni, selain pekat, rasa soyanya begitu sedap dan berkrim. Agar-agar soya lapis coklat juga sesuai dihidangkan pada Hari Raya nanti....Ehh sapa kata 'biasa-biasa' saja?..Cuba buat dulu, kemudian rasa, kalau anda tak jatuh cinta, tataulah nak kata....ehemm..

rsz_agar2_soya_lapis_milo
Untuk resipi ini, che mat guna loyang 4 segi berukuran 7inci x 7inci x 1 inci. Tidaklah sukar mana membuatnya. Paling enak dimakan dingin. Perasan tak atas agar-agar tu macam serabut aje? Yang tu sebenarnya serbuk koko, che mat sajalah tepekkan atasnya sebagai hiasan. Sebenarnya kita boleh menjadi lebih kreatif dengan minuman soya YEO'S. Sebagai contoh, anda boleh gantikan susu dengan minuman soya YEO'S untuk kek dan muffin. In sha Allah kalau diberi peluang, yang tu nanti kita cuba pulak. Ok, che mat tuliskan resipi agar-agar soya yeo's lapis coklat....Selamat mencuba!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 liter minuman soya YEO'S
200 ml susu sejat 
10 gram serbuk agar-agar (sebarang jenama)
5 camca besar penuh gula pasir
2 camca besar serbuk koko
1 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam
Sedikit air (dalam 5 - 6 camca besar)
Sedikit serbuk koko, untuk hiasan, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan serbuk agar-agar dan 4 camca besar gula ke dalam periuk. Kacau rata. Tuang minuman soya YEO'S dan susu sejat, kacau rata. Masukkan daun padan dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan larut. Keluarkan daun pandan. Kemudian agar-agar dibahagi dua bahagian (kurang lebih 600ml setiap satu) dan masukkan ke dalam dua periuk kecil. Biar dengan api paling kecil.
  2. Masukkan serbuk koko dalam salah sati periuk berisi agar-agar tadi bersama baki 1 camca besar gula. Kacau rata hingga larut dan sebati. Sediakan loyang 7 inci x 7 inci x 1 inci, alas bawah loyang dengan tuala dapur yang telah dibasahkan.
  3. Cedok 200 ml agar-agar soya dan tuang dalam loyang tadi. Biarkab 2 - 3 minit hingga agar-agar keras sedikit. Berhati-hati tuang pula 200ml agar-agar coklat. Buat berselang-seli hingga habis (soya - coklat - soya - coklat - soya - coklat).
  4. Sejukkan sekejap dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam sebelum dipotong. Cara menghidang ikut kreativiti anda. Che mat terap dengan acuan biskut bentuk hati kemudian tabur dengan sedikit serbuk koko sebagai hiasan, jika suka. Sedap dimakan dingin...
CATATAN MAT GEBU :- Che mat sarankan anda guna periuk kecil dan sentiasa panaskan dengan api paling kecil untuk mengelakkan agar-agar mengeras sebelum sempat anda melapis. Satu lagi, agar-agar soya (yang tanpa serbuk koko), mungkin akan tidak cukup 200 ml pada saat-saat akhir (untuk lapisan ke-5). Anda boleh tambah sedikit air, tapi jangan banyak sangat, dalam 5 - 6 camca besar dan panaskan..




7 comments:

Sis Lin said...

Mat..mohon copy resepi, nnti nak cuba, aku paste je ye...
Shedap...TQ tuk Denan!!

TunSha Ayunie said...

agar2 soya koko berdaun kari !! woahhh

adda syuhada said...

sedapnyerr...

Ieta Mat Saad said...

Biasa2? Ini luar biasa Tn Adnan... Sedap ni... 1st time tahu boleh wat camni. Trm kasih... trm kasih...

Salmiah Othman said...

nampak sedap jer...tq for d receipes..try buat gak la...:)

Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK

Teacher Basariah said...

kagumnya!sabarnya che mat lapis agar2 tu ye (^_^)

http://teacherbasariah.blogspot.com/

Azlita Aziz said...

Ya Allah.. hampir-hampir terbuat yang sama.... @__@

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.