GULAI PEKAT DAGING KAMBING...

rsz_kambing_gulai
Assalammualaikum, salam Ahad....apa khabar anda semua?...Hari ni baru dapat nak kemas kini blog. Semalam che mat cuti masak (tapi secara jujurnya, pagi tu che mat masak dah sebelum keluar). Tapi kan, kalau kita dah biasa masak, bila cuti, rasa pelik aje, rasa kitaran hidup dalam sehari tu tak cukup aje. Pagi ni, awal juga ke dapur, plan asal memang nak masak gulai daging kambing. Tengah siapkan bahan2, tetiba takde elektrik pulak, haish, sabar ajelah. Nasib baik che mat dah siap blender bahan2 rempah, kalau tidak kenalah menumbuk guna lesung. Kelapa pun tak sempat parut, oleh itu gunakan santan kotak. Benda2 segera macam santan kotak ni perlu juga ada dalam simpanan. Tujuannya bila masa2 darurat seperti che mat hadapi pagi tadi...

rsz_gulai_pekat_kamben1
Gulai pekat daging kambing che mat gabungkan rempah kari dan rempah kurma, serta beberapa bahan lain. Gulai ini memang pekat dan jika anda suka cair, boleh tambah air, tapi idok leer jadi nama gulai pekat yea dak. Che mat masukkan kentang dan tomato, kalau anda ada lobak merah pun bess juga dimasukkan sekali. Che mat masak gunakan periuk tekanan, dan ini hanya memakan masa kurang lebih 20 minit sahaja. Satu tips kalau anda masak guna periuk tekanan, kentang kena letak akhir setelah daging empuk. Dan untuk mengelakkan daging terlebih empuk sementara menunggu kentang lembut, anda boleh masak kentang dengan kuah gulai, daging diasingkan dahulu. Bila kentang lembut, baru anda masukkan daging. Masak sekejap, sesuaikan rasa dan settle dah...Boleh hidangkan. Kalau ada nasi minyak atau nasi beriani...perghh...meletop ai tell you!!!...ehemmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram daging kambing dipotong kiub*
1 camca besar tepung gandum*
1 biji limau nipis, perah jusnya*(*digaul rata dan perap 20 minit, cuci bersih dan toskan)
4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
1 keping asam gelugor saiz kecil
2 camca besar cili kisar
4 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar rempah kurma (baba's)
150 ml pati santan (che mat guna santan kotak)
1 camca besar penuh kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kari dan rempah kurma, kacau rata hingga menjadi pes. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian, ceduk 2 camca besar pes rempah tadi dan gaul dengan daging kambing yang telah dicuci dan ditoskan. Perap sekejap.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang keperangan. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rampah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu..
  3. Masukkan daging kambing. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, biar menggelegak, kemudian perlahankan api dan masak hingga daging 3/4 empuk. Masukkan kerisik, asam gelugor dan kentang(toskan). Kacu rata.
  4. Bila kentang empuk, tuang santan dan masukkan gula melaka. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau selalu. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..

Post a Comment

11 Comments

  1. As salam, cantiknya mangkuk CM hari ni, hari lain pun cantik juga. Suka sangat.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap... boleh dicuba kat rumah ni


    Lelaki minum darah dari kepala yang dipenggal – Saksi pembunuhan budak di Sungai Kelang
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/lelaki-minum-darah-dari-kepala-yang.html

    Yakin Adegan Kemban Sharifah Sakinah Diterima Penonton
    http://syokbah.com/adegan-kemban-sharifah-sakinah-diterima/

    ReplyDelete
  3. sedapnya...

    http://sihatmenawanitupasti.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. As salam. Tengok pun dah nampak sangat sedap apalagi kalau dapat dimakan. Kambing memang feveret saya

    ReplyDelete
  5. Resipi ni boleh guna untuk daging lembu tak che mat?

    ReplyDelete
  6. Tq che mat.....ini menu sy tghri ni...meletooop

    ReplyDelete
  7. Tq che mat.....ini menu sy tghri ni...meletooop

    ReplyDelete
  8. salam cm.. cuba buat menu ni dua minggu lepas...pertama kali masak kambing.. Alhamdulillah...sedap sgt..suami saya suka.. tq sbb share

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,
    terima kasih atas perkongsian resepi ni. x rugi mencuba ��.
    mmg sedap.. makan pulak dgn pulut kuning, mmg terangkat ummph nyer.
    husband bawak bekal gi kerja semasa shift mlm.. memula dia mcm x nak bawak ..
    tapi paksa juga dia bawa... penangan cmg nyer resepi ni...
    sekarang, selang 1 atau 2 minggu buat.. utk bekal husband kerja shift mlm..
    share ngan kawan2. sekali bawak ...pulut 1kg, kari kambing 1.5kg...
    alhamdulillah mmg licin setiap kali bawak... ����
    terima kasih cmg

    ReplyDelete
  10. Wah dah buat 2 kali. Memula pening tengok resepi, mak ai macam nak buat rendang, serai, lengkuas kunyit hidup semua ada. Tapi disebabkan hasilnya sangat sedap, kali kedua, buat gaklah guna resepi ni. Thousands thumbs up buat Mat Gebu👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum En.Mat....
    Alhamdulillah...
    terima kasih banyak2 utk perkongsian resepi ini, mmg terbaiklah resepi ni, sedap sangat! Mmg resepi ni the best! Tqvm!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.