BEN ASHAARI

Tuesday, June 3, 2014

BURGER IKAN RAMLY

rsz_burger_ikan_ramly1
Pernah cuba burger ikan jenama Ramly?..Sebelum ni che mat pernah cuba dan petang tadi saja2 lah cuba lagi....hehe..Ehh..bukan beli burger yang dah siap, tapi buat sendiri cuma kepingan burger ikan tu dan roti che mat beli lah di Tesco. Benda ni budak2 pun boleh buat, tak susah. Burger ikan tu anda kena goreng dulu dan lepas goreng, toskan atas tissue dapur dan tekan2 sikit kasi minyak terserap. Kalau suka boleh letak sekeping keju cheesedale atasnya dan biar keju lembut sendiri (kena letak masak kepingan burger ikan masih panas, kalau tak, anda kena masukkan ke dalam microwave sekejap untuk keju cair). Sayur2 tu terpulang pada anda. Kalau che mat memang suka sayur lebih termasuk hirisan bawang besar. Kalau nak lebih anda boleh tepekkan pulak telur yang digoreng ala2 egg benjo tu..Perghh dah jadi burger berprofile tinggi...ehemm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping burger ikan jenama Ramly
1 biji bun burger
Sedikit mentega atau majerin
Daun salad secukupnya (che mat guna 'butter head' salad)
Hirisan tomato (4 keping)
Hirisan timun (4 keping)
Hirisan bawang besar ( 1 hirisan bulat dan leraikan)
1 keping keju cheesedale
Sos tomato atau sos cili secukupnya
Mayonnaise secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng burger ikan ramly, gunakan api sederhana dan pastikan minyak tidak terlalu panas. Angkat dan toskan, letak atas tissue dapur dan tekan2 sedikit agar minyak terserap (guna belakang sudip untuk menekan). Kemudian letakkan keju atasnya dan biar keju lembut, pastikan burger ikan tadi masih panas semasa anda letak keju. Ketepikan.
  2. Roti burger dibelah dua, sapu sedikit mentega atau majerin. Kemudian panggang hingga perang sedikit. Angkat dan sejukkan. Ambil bahagian bawah roti burger, susuh daun salad secukupnya, kemudian timun, tomato dan gegelang bawang besar.
  3. Paipkan mayonnaise atasnya, kemudian paipkan pula sos cili atau sos tomato. Letakkan burger ikan atasnya dan tutup dengan bahagian atas roti burger. Hidangkan segera..


8 comments:

Monyet Rimau said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Lokman Bin Ramli said...

terbaik.. nampak sedap je. ^_^

Roziah Muhammad Nor (Cie) said...

Nampak menyelerakan. Sy tak suka makan burger ada sos.

husna zahidi said...

tak cuba lagi..risau tak sedap.. tp ada ke makanan yg tak sedap..:p

RDZ Z said...

Yummy--yummy...sos tu yang melting tu..

juls julie said...

Salam Ziarah CM @ Uncle Chef :)

hari ni hrp mood dah ok yer..hehehe..

x pernah lak jumpa burger ikan ni..salu beli ayam & daging jer..maybe lps ni leh tryyyy... thanks atas perkongsian..jhehe

Yuyu Zaza said...
This comment has been removed by the author.
Sis Lin said...

Mattt... Matt...
Tumpang tgk resepi ye...anak aku nk cuba buat ni...hehehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.