BEN ASHAARI

Tuesday, June 17, 2014

AYAM MASAK KURMA..

rsz_ayam_kurma
Assalammualaikum, salam Selasa semua. Hari ni che mat masak kurma ayam. Plan asal nak bikin kari, tapi menu bertukar tanpa dirancang bila Bak nak makan kurma ayam. Baik lah kita dahulukan selera big boss. Tak susah nak bikin, senang saja. Rempah kurma tu ikut pilihan anda nak guna jenama apa atau guna yang rempah kurma timbang pun boleh. Che mat guna rempah kurma Baba's. Hari ni kurma che mat sedikit berkuah, selalunya suka kurma yang pekat. Bak kata nak nak cicah roti nanti, jadi buat yang berkuah...baek lahh.. Kalau anda nak guna daging pun boleh, telur rebus pun sesuai. Boleh juga nak masukkan sekali telur rebus dalam ayam masak kurma, kasi goreng dulu telur sampai kekuningan, lepas tu kasi masuk dalam ayam kurma...rasa pelik?...Releks...kan kita buat dia, toksah risau sangat dengan kritikan orang. Pada che mat ia biasa saja, yang penting keluarga kita suka apa yang kita masak...ada betul tak?...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam (kurang lenih 600 gram), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1 dan rendam
1 batang lobak merah (optional) potong berbaji, rendam
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
4 camca besar rempah kurma (Baba's)
1 camca besar kerisik
1 keping asam gelugor 
1/2 cawan pati santan
1 camca besar minyak sapi/mentega (optional)
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kurma dan lada hitam kisar, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), masukkan minyak sapi. Biar minyak sapi cair.
  2. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang perang. Tambah pes rempah kurma tadi dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam. lobak merah (toskan) dan kentang (toskan). Gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan masak hingga kentang, lobak merah dan ayam empuk. Masukkan asam gelugor, kerisik, pati santan, cili merah, cili hijau dan kacau rata. Biar mendidih dengan api perlahan. Tambah gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


4 comments:

Nur A.Z said...

lauk kegemaran saya.. terliur sy..

aima said...

semalam masak kurma ayam ikut resepi kat paker rempah kurma adabi...simple je konon...rupanya bagai bagai juga bahan tuk kurma....

Misz-ella Ismail said...

cik mat, mulanya kc tertanya2 knp kurma ni nmpak gelap .. so kc pun baca .. gula melaka dan bahan2 penumis rupanya. nampak sedap la cik mat ..

Iam Nurul said...

sedapnyer...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.