BEN ASHAARI

Monday, June 30, 2014

AYAM MASAK BRIYANI...

rsz_ciken_briyani
Assalmmualaikum, salam 2 Ramadan 1435 Hijrah. Entri pertama hari ni che mat share apa yang che mat masak semalam. Biasanya kalau bulan ramadan, juadah berbuka che mat biasa2 saja. Ringkas dan tidak lah yang meriah sangat. Jadi semalam selepas tercongak2 nak masak apa kat dapur, maka che mat ambik keputusan buat ayam briyani. Resipi mudah2 saja, tak guna santan, tapi susu cair. Sebab rumah che mat penduduk hanya 4 orang, maka ku buat kurang lebih 1/2 ekor (dalam 500+ gram macam tu, ayam saiz sedang2). Masa dah siapkan bahan2 yang ada, tiba2 che mat takde rempah briyani...masalah nih, korek2 lagi dalam peti sejuk, maka terjongollah rempah briyani MAGGI, errrr...boleh lah dari takde. Cuma rempah beriani maggi ni anda kena hati2 sikit dalam penggunaan garam, sebab dia memang dah ada garam. Tapi dalam resipi che mat akan tulis rempah beriani biasalah yea dan dalam resipi che mat tulis untuk seekor ayam...Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi berperisa...Kalau nak cuba masak untuk berbuka nanti, che mat kongsikan resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (kurang lebih 1+ kg), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca besar kunyit serbuk*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit)
1 genggam kismis
1/2 cawn susu sejat IDEAL
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 biji tomato belah 6 (kalau kecil guna 2 biji)
5 camca besar sos tomato JALEN
2 camca besar sos cili JALEN
2 camca besar tomato puree
5 camca besar rata rempah briyani (sebarang jenama)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
5 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan tomato puree dan masak sekejap. Tambah sos cili, sos tomato dan rempah briyan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, daun ketumbar, kismis, bawang goreng dan sedikit air (anggaran 1/4 cawan), kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Tuang susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api, hias dengan hirisan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa..


5 comments:

Mrs Liyana said...

Wah...cam best je.. boleh cuba ni.

sya mokthar said...

ala..sedap sangat ni che mat oii..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

yg ni luar biasa sedap ni Che Mat!!

muhd firdaus said...

Mohon share

muhd firdaus said...

Mohon share

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.