AYAM KICAP BERMADU...

rsz_ayam_kicap_tempra1
Assalammualaikum, salam Jumaat. Hari ni che mat masak mudah. Ayam kicap bermadu dan paceri terung. Paceri terung tu nanti2 che mat letak di blog. Sekarang ni cerita pasal ayam kicap bermadu. Kisahnya semalam....errr..malam tadi, abang long che mat bawak balik nasi ambeng, sebab dah malam, maka ku jamah jugah lah (tak bley tahan ok, godaan nasi ambeng nih...huhu). Dan yang paling mengiurkan ialah ayam masak kicap. Terus rasa nak masak kicap keesokkannya (hari ni). Pagi tadi awal2 keluarkan ayam dari freezer, lepas tu operasi mengecahkan dapur pun bermula. Che mat masak kicap macam biasa saja, tapi sebelum tutup api, saja gatal2 tangan capai botol madu, dan masukkan kira2 1 camca besar dan gaul rata. Dari masak kicap biasa, terus tukar nama, ayam kicap madu. Makan sama nasi panas dan sambal belacan lepas tu ada sayur, tak kesah lah sama ada ulam atau pun sayur yang ditumis. Cukup dah, kalau nak topup lagi, goreng telur dadar....terus pengsan lepas makan..Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam (kurang lebih, dipotong ikut suka, cuci dan toskan*
3/4 camca teh garam*
1 camca besar serbuk kunyit*(*digaul rata dan perap sekejap)
3 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1 dan rendam
1 biji bawang besar hiris bulat dan leraikan
5 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, hiris
1 biji cili merah, hiris memanjang
1 biji cili hijau, hiris memanjang
1 batang leek, potong dan rendam
3 camca besar kicap pekat JALEN
4 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca besar madu
1 camca besar sos cili JALEN
1 camca teh serbuk lada sulah (che mat guna 'aji-shio')
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sedikit hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan kentang, kemudian lap kering. Goreng kentang hingga empuk dan keemasan, guna api kecil dan kacau sekali sekala. Angkat dan toskan. Dalam minyak yang sama, goreng pula ayam hingga masak, tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
  2. Cedok keluar minyak, dan tinggalkan kurang lenih 4 cammca besar. Tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili sos, kicap pekat dan kicap lemak manis. Kacau rata dan masak dengan api kecil.
  3. Masukkan leek (toskan) dan ayam. Gaul rata2. Tambah lada sulah, bawang besar dan cili merah/cili hijau. Tuang sedikit air, kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan madu, gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam2man...Sedap dimakan panas..

Post a Comment

3 Comments

  1. Lauk favourite dari kecik sampai besar.Nak try cara Che Mat pulaklah.

    ReplyDelete
  2. Malam ne nak try :) tQ for the recipe...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.