BEN ASHAARI

Thursday, May 1, 2014

KEK CHIFFON TIGA RASA..

rsz_kek_sifon1

Assalammualaikum, salam 1 Rejab, salam 1 Mei dan selamat hari pekerja untuk semua. Pasti ramai yang bercuti hari ni kan. Macam che mat ni, takde cuti, kena setiasa 'on'. Tadi lepas siap2 masa, dan sebab hari ni che mat masak agak awal dan siapnya pun awal, maka ku merajinkan diri buat kek chiffon. Kesahnya semalam anak2 buah che mat yang kecik tu sibuk sebut2 nak kek, tak sampai hati pulak. Lagi pun anak2, dia orang baru nak hidup. Kek pun yang mudah dan senang dibuat. Satu lagi kek chiffon sesuai bagi mereka2 yang tak makan mentega, kerana ia hanya menggunaka minyak jagung (kalau tak de minyak jagung, boleh guna minyak canola, kalau tak de juga nko belasah aje minyak masak, guna minyak kelapa sawit..kalau guna minyak kacang rasa tak sedap)...

rsz_kek_sifon
Sebab nak cepat che mat ambik gambar ala kadar saja. Che mat bakar guna acuan kek chiffon bersaiz 9 inci. Perasa boleh ikut selera anda. Nak buat chiffon vanilla saja pun boleh, pandan saja pun boleh atau nak belang2kan macam che mat buat ni pun boleh, tak salah. Kebiasaannya, untuk membuat kek chiffon, kita gunakan acuan tiub yang boleh diasingkan. Dan acuan tak perlu disapu dengan mentega. Satu lagi selepas kek masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan hingga kek sejuk dan baru disisip denga pisau nipis untuk mengeluarkan kek dari acuan. Yang che mat punya ni tadi belom sempat sejuk sangat, tiba2 kek tetangah dari acuan, nasib baik cepat2 dapat diselamatkan....phewww..lega pakcik..Ok, nak mencuba, che mat tuliskan resipinya..

BAHAN-BAHAN A :-)
4 kuning telur gred A
70 gram gula kastor
150 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour)
80 ml minyak jagung
120 ml santan (anda boleh ganti dengan susu sejat)
Secubit garam

BAHAN-BAHAN B :-)
4 putih telur gred A
60 gram gula kastor
1/2 camca teh cream of tartar

BAHAN-BAHAN C :-)
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh pandan paste
1 camca teh coklat emulco
1/2 camca teh perisa mocha

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160 C, sediakan acuan kek chiffon bersaiz 9 inci, tak perlu disapu dengan mentega. Ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan kuning telur (dari bahan2 A ), gula kastor dan pati santan. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut. Masukkan minyak jagung, kacau rata dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dan tepung habis. Kacau hingga licin dan tidak berbintil2. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih dan masukkan gula kastor (dari bahan2 B) sedikit demi sedikit hingga habis. Tambah cream of tartar dan terus memutar hingga putih telur kembang dan kental. Cedok 1/3 bahagian putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur, gaul dengan kaedah kaup balik. Cedok lagi 1/3 bahagian putih telur dan gaul lagi, buat kaedah sama dengan baki putih telur. Kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kek chiffon kepada 3 bahagian, satu bahagian dicampur dengan esen vanilla, kacau rata. Satu bahagian dimasukkan pandan paste, kacau rata dan satu bahagian lagi dengan perisa mocha serta coklat emulco, kacau rata.
  4. Sendukkan 1/2 bahagian adunan vanilla ke dalam acuan chiffon, ratakan. Tambah 1/2 bahagian adunan pandan, kemudian 1/2 bahagian adunan mocha. Ulangi hingga habis. Kemudian lorekkan dengan chopstick. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan acuan dan biar kek sejuk. Sisip tepi kek dengan pisau nipis dan keluarkan dari acuan. Sisip pula bahagian bawahnya. Dan boleh dialih ke dalam pinggan sesuai. Potong dan hidangkan untuk minum petang....Selamat mencuba!


7 comments:

fidajb said...

Salam cik mat
Klau xde acuan kek chiffon bole x guna acuan biasa je
Tq cik mat

Faridahanom Hamdan said...

CMG kalau guna acuan silikon boleh tak? Menarik jugak resepi ni..sebab nampak mcm tak byk sgt.

Mat Gebu said...

@fidajb - salam, saya rasa boleh, tapi kena alas dengan kertas minyak pada dasar acuan, dan acuan tak perlu sapu mentega...

@Faridahanom Hamdan - insha Allah boleh puan, cuma che mat rasalah, puan kena sapu sedikit mentega pada acuan silikon, takut pulak nanti melekat dan acuan silikon tak boleh nak di longgar2kan dengan benda tajam, nanti bocor...

fazianbatrisyia said...

Cantik...mesti sedap ni

INA said...

Salam CMG..cantiknya kek chiffon nie..dah lama tak buat dan makan..tergoda sungguh.

Zaliha Kamaludin said...

che mat..nak tanya..saya baru tukar oven baru..yg biasa je brand milux.sebelum ni pakai oven kecik je.tp waktu oven kecik tu..bila saya buat hokkaido cake tu kek dia cantik je naik.gebu mcm che mat.saya guna suhu 170o celcius.tp sejak pakai oven baru ni..tak cantik kek saya.jadi keras.. :( kenapa tu che mat

Abi Thalhah said...

Suka sgt dengan kek chiffon ni cmg. Bole telan macam tu je xpayah kunyah gebu gebas je. Haha. Kalau sudi lawatlah blog saya. Saya org baru org muda suke giler masak :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.