BEN ASHAARI

Thursday, May 1, 2014

ASAM PEDAS IKAN PARI YANG MENGGODA KALBU...

rsz_asam_ikan_paris
Asam pedas manjang kat blog che mat ni. Tu lah, ni semua gara2 Kak Ummi Kuatan yang masak asam pedas semalam, maka che mat tiba2 teringin nak makan asam pedas. Walaupun ia hidangan paling kerap che mat masak, tapi tetap tidak menjemukan. Ikan pari antara kegemaran che mat. Tapi bila membeli kena juga berhati2, takut terbeli ikan pari yang liat atau yang tua, dan ada tu pulak ikan pari yang berbau 'hancing'. Selalunya che mat beli ikan pari jenis ikan pari daun, badan ikan pari tadi ada bintik2. Dan yang ni pun selalu dah che mat buat sekarang, kalau dulu segan. Sebelum beli, che mat hidu ikan pari tadi, kalau baunya menyengat dan seakan2 bau belerang (senang kata bau hancing), toksah beli, nanti dah masak bau dia tetap ada, tak boleh nak makan..dah membazir, che mat dah kena dulu, serik wooo, dah lah ikan pari sekarang ni harga boleh tahan mahalepas tu tak boleh makan pulak, membazir saja..Resipi sama saja macam yang pernah che mat masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram ikan pari
12 batang bendi muda
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
1 genggam daun kesom
1 batang serai, diketuk
3/4 camca besar pes asam jawa
1 senduk nasi penuh cili kisar
3 biji bawang merah kecil, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit lada hitam kisar
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci belacan, dibakar
4 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong ikut suka, cuci dan perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan, buang sedikit bahagian pangkalnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, bendi dan bunga kantan. Kacau perlahan dan masak hingga bendi lembut.
  4. Tambah daun kesom, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan akhir sekali masuk tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....


2 comments:

Nani said...

emmm..sedapnya...menelan air liur saya..heheee..

Bannister Road said...

boleh datang rumah saya tak.. tolong masakkk.. he he he...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.