BEN ASHAARI

Friday, April 4, 2014

UBI REBUS DAN TIGA BLOGGER HEBAT!...

rsz_ubie_rebos1
Salam semua, buat apa tu?...perasan tak suhu dunia sekarang ni dah berubah banyak, tak menentu dan ada masa tidak mengikut caturan seperti dulu. Semua kuasa Allah swt yang berhak, berkuasa dan berupaya mengubah apa yang dikehendakinya....Maha suci Allah yang mencipta langit dan bumi...Syukur alhamdulillah kita diberi menumpang dibumi ini. Malam ni che mat hanya nak share gambar ubi rebus sama sambal tumis untuk sarapan pagi tadi. Dan baki ubi rebus telah che mat goreng petang tadi sebagai juadah minum petang. Ubi satu makanan yang begitu nostalgia, terutama bagi mak ayah kita yang merasai kesusahan hidup dizaman penjajahan Jepun dulu. Namun sekarang ubi bukan satu makanan taraf rendah, malah harganya lebih tinggi dari ubi kentang. Jadi tak perlulah nak rasa bangga sangat kalau anda tak makan ubi kayu...kecuali atas sebab2 tertentu... Rasa nya takde apa sangat yang nak ditulis sebagai resipi kalau entri ubi rebus macam ni. Untuk sambal tumis, che mat pasti anda pandai membuatnya. Tapi tak salah juga kan kalau nak tulis resipi sambal tumis...Sebelum che mat terus kan, nak ajak anda singgah  di blog blogger2 hebat ini....


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam longgar ikan bilis, dibersihkan dan rendam
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan, dibakar
2 biji cili merah, buang bijinya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3/4 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan masukkan ikan bilis (toskan). Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (anggaran 1 camca besar). Masukkan bawang besar, kacau rata dan masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus tadi...

5 comments:

akuanakpahang said...

Salam, mmg terbaik 3 org blogger tu sambal tumis ikan bilis tu pun tak kurang sedapnya... http://akuanakpahang.blogspot.com/

Zaza said...

Bestkan kalau makan ubi rebus time hujan macam ni.. Tambah pulak dengan kopi O.. Nostalgia betul..

Suria Lekatlekitgurl said...

eh.. eh.. cik mat patut la ada referer site dari blog dapur tanpa sempadan.. thanks yer cik mat. rasa nak cubit2 pipi gebu cik mat

HASRUL HASSAN said...

Baca blog den sambil makan ubi kayu rebus panas2 ... cicah sambal ikan bilis ... perghh lalok ooo ...

Mekasih che mat ... satu penghargaan besar buat saya.

Eyriqazz said...

Hohohoh..ubi kayu, my favourite..tapi kalau dapat pekena masakan cik mat tentu lagi best...