ASAM IKAN SAWI JERUK.

rsz_asam_ikan_sawi_jeruk
Sambung cuti berblog?...memang ada niat macam tu, tapi kalau che mat sambung punya sambung punya sambung, alamatnya tak berblog lagi lah, sebab dah makin selesa dengan keadaan begitu. Tapi hari ni che mat masak asam ikan sawi jeruk atau asam pedas lah senang cerita dan adalah 1-2 lagi hidangan simple, campak2 aje. Rasa segan juga nak masukkan entri asam pedas, tapi tak salah lah kan, dah berjuta kali entri asam pedas pun, ia tetap menjadi pilihan mereka2 diluar sana. Satu lagi che mat rasa ada yang masih ragu2 nak masak asam pedas. Bimbang tak sedap dan sebagainya. Insha Allah jika asam pedas cukup rasa pedas (bukan pedas melampau), masam, manis dan masin, pasti masakan anda menjadi. Satu lagi gunakan ikan yang segar. Ada orang letak sedikit serbuk perasa, yang ni terpulang, tapi kalau anda perhatikan che mat selalu guna kiub ikan bilis, jadi tak perlu serbuk perasa dah, dan kalau dapat beli kiub ikan bilis yang tanpa MSG. Sedikit gula juga memainkan peranan yang penting, bukan kita nak asam pedas jadi manis, cuma memberi rasa sahaja. Kali ni che mat masak guna ikan tenggiri...senang sikit nak makan, tulang dia tak banyak...ehemm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping hirisan ikan tenggiri (che mat campur kepala ikan tenggiri)
Sawi jeruk secukupnya, potong dan rendam
1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 senduk nasi penuh, cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optional)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah saiz besar, belah 2 dan buang biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah hiris, bawang putih hiris dan serai hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air (anggaran 800 ml atau secukupnya), kacau dan biar mendidih. Masukkan sawi jeruk (toskan), kiun ikan bilis (jika guna) dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih untuk 3 - 4 minit.
  3. Masukkan ikan tenggiri, perasakan dengan garam secukupnya, tambah sedikit gula dan juga lada hitam yang ditumbuk halus. Kacau perlahan dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

Post a Comment

10 Comments

  1. Cikmat sila keluar dari zon selesa. Ramadhan dah semakin hampir ni :)

    www.profhariz.com

    ReplyDelete
  2. Sawi jeruk? Wahhh .. mcm menarik. Kc tak penah mkn sawi jeruk cik mat. sedap eh?

    ReplyDelete
  3. sama la sy pon masak tak gune ajinomoto ke pape.. masak cuma guna garam + gula je bagi perasa.. selawat zikir.. bnyk perasa sgt pon boleh sakit kepala..

    ReplyDelete
  4. Hohohoh..kecur air liur..ni yang buat saya pula yang mengidam ni...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya cik mat masak..bole cuba ni

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.