BEN ASHAARI

Tuesday, March 4, 2014

TELUR KICAP BAWANG....

rsz_telur_kicap_bawang
Kurang selera nak makan atau malas nak masak sebab kawasan anda air paip bercatu dan kalau masak pun nak masak satu yang mudah dan boleh dimakan semua orang termasuk anak2?..Apa kata cuba menu teramat mudah sangat ini. Seperti che mat tulis dalam entri sebelum ini, che mat memang masak benda2 mudah sangat sebab kesihatan tak mengizinkan dan terima kasih che mat pada kenalan blogger che mat, Kak Intan Kamariah sebagai pencetus idea ini. Kalau demam2 atau tekak tak lalu, masak yang macam ni pun ok dah. Kalau suka pedas boleh ketuk2kan cili padi, tapi sebab che mat sakit tekak, kena guna cili merah dan cili hijau saja, dah biasa kalau tak pedas memang tak sah. Resipi ini sesuai juga untuk orang2 bujang....Resipi?...ehemmm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 telur
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
5 camca besar kicap lemak manis JALEN
2 camca besar air
Daun salad untuk hiasan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata kerbau sebiji demi sebiji, che mat goreng dengan api kecil dan tutup sekejap untuk kasi kuning telur kental. Dengan cara ini anda tak perlu nak terbalikkan telur tadi dan nampak lebih molek. Buat hingga siap. Angkat dan susun dalam mangkuk yang dialas daun salad. Ketepikan.
  2. Panaskan 1 camca besar minyak masak, goreng bawang besar, cili merah dan cili hijau hingga layu. Angkat dan toskan. Dalam kuali yang sama, masukkan kicap dan sedikit air. Kacau rata dan masak 1 minit. Matikan api.
  3. Tuang kicap atas telur mata kerbau tadi, kemudian taburkan bawang besar, cili merah dan cili hijau goreng tadi. Ratakan dan hidangkan segera bersama nasi panas....ehemm..


8 comments:

careno said...

menu simple jer dan super sng tp gambar tu buat grrrrrr.... laparrrr....

aima said...

kecuq ayak liuq den

khairul jamadi said...

menu simple dan sedap......meleleh pulak air liur tengok

Queen said...

che mat.. tgk resipi ni.. saya ada yg lebihsimple dari ni..
nak share sini jelah since sangat2 simple. xpyh masak2. takat goreng telur je...


telur tu digoreng..tak garing lagi sedap
tuang kicap, sos tomato sos cili, hirisan bawang merah/besar (hiris halus2).. perah asam limau.. semua ni buh atas telur tu tadi je..
makan dgn nasi panas2..


ffuuh. mmg habis nasi seperiuk..

dulu kecik2 kalau cik(mak) tak sempat masak..buat cani je. lagi banyak kami makan..

skrg pun kalau balik kerja lewat.. buat camni je..=P

hee.. saje share sini.. =)

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ini makanan feb masa Kak Sari budak2... tapi leceh jugak nak masak ni time umah takde air... karang berhari2 kuali tak berbasuh.. hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lauk mcm ni pun akak boleh bertambah mkn nasi cik mat...

Yan Ty said...

Alahai senang nye resepi ni... tapi gmabar PCM memang mengoda la

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.