BEN ASHAARI

Friday, March 7, 2014

MAKARONI GORENG CAMPAK-CAMPAK...

rsz_makaroni_gorenggg
Assalammualaikum, apa khabar?..che mat masih belom ok sangat, dah masuk hari ke 4 dah ni, insha Allah nanti ok lah kan, ubat pun dah makan, tu pasal tak sempat nak update blog awal, sebab bila makan ubat batuk dan ubat selsema, dia punya mengantuk, tak boleh nak kata dah. Satu lagi suara che mat. perghh seksi gileerr, pendek kata boleh pengsan lah kalau anda dengar. Kata orang kena lah pantang yea tak, che mat memang pantang ok...pantang nampak..hehe, errr tak lah, yang minyak2 pun kurang apa lagi yang sejuk2 macam air batu. Entri makaroni goreng aje yang mampu untuk hari ni. Bila kurang sehat makan pun memilih. Tengok ikan dalam freezer, langsung takde nafsu, sebab taktau nak masak apa yang sedap ditekak. Nak masak yang pedas, tak elok untuk tekak yang masih sakit. Nak masak yang biasa2, tak selera pulak. Esok che mat ingat nak makan megi aje lahh...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan makaroni yang belom direbus bersaiz kecil
1 keping daging burger ayam Ramly, didadu kecil
1/4 bahagian traffic light capsicum, didadu kecil
2 camca besar sambal tumis
2 camca besar sos cili JALEN
1 camca besar sos tomato JALEN
1/4 cawan air rebusan makaroni
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Minyal zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus makaroni dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam hingga makaroni lembut, toskan dan asingkan 1/4 cawan air rebusan untuk kegunaan kemudian. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan 3 camca besar minyak zaitun. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan harum. Masukkan sambal tumis, sos cili dan sos tomato. Kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan daging burger dan air rebusan. Kacau dan masak sekejap. Tambah trafficlight capsicum dan makaroni. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan...Sedap dimakan panas..


8 comments:

Lynn Munir said...

Yummy.

Zuraidah Wahid said...

Mesti sedap kan ;)

Zuraidah Wahid said...

Mesti sedap kan ;)

Ieta Mat Saad said...

Wah... tn. Adnan mcm tau2 ja sy nk masak ni hari ni. Syukran Tuan ^__^

nurul syuhada said...

Kenapa guna air rebusan macaroni tu ye.? Klu air biasa je ok x?

sakinah said...

Sambal tumus tu mcm mn..tumis dlu cili kering blend ka

..::Mama Chrysalis::.. said...

Nak try buatlah hari ni....:-)

nadia ashikin zainal bahri said...

help me by click this link..this is not a spam..pleaseeee just click http://myinvitepay.com/?ref=211553

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.