BEN ASHAARI

Wednesday, March 5, 2014

LAKSA ASAM HATI LARA....

rsz_laksa_asam (1)

Assalammualikum, malam semua. Anda apa khabar?.. Che mat...hmm.. belum sihat sangat, masih ada rasa bingai2 lagi. Dan hari ni mood agak kurang elok, sensetif pulak tu, kalau orang salah cakap aje, terus macam nak hangin, nak marah atau rasa nak lipat patbelas...grrr.. Che mat kena masak satu menu yang agak cerewet juga tadi. Tapi ia langsung tak menepati selera walaupun yang lain kata sedap....ingat "yang lain" bukan che mat kata sedap...baca elok2. Tapikan cuma satu aje yang boleh buat tekak rasa sedap, iaitu...ehemm..Laksa Asam, bila dengar aje terus rasa stimm sangat, terus rasa nak sangat makan. Ok, walaupun rasa tak berapa nak stabil, masih boleh diusahakan lagi. Siapa lagi nak diharapkan yea tak, sendiri teragak nak makan, kena lah bikin...nak beli2 kat pasar malam ai malas you, mahal, dah lah tu nak makan ulang2 tak boleh..buat sendiri, nak makan sampai pengsan pun ikut suka nko lah....

rsz_laksa_asam1 (1)
...Releks, jangan ambik serius sangat apa che mat tulis kat atas tu. Biasalah emosi tak stabil memang kalau menulis ke laut, ke kuala semua perginya, senang cerita merepek meraban. Sebenarnya laksa asam tak susah nak buat, janji ada ikan yang biasa anda guna untuk buat laksa. Kebiasaannya orang guna ikan selayang @ sardine dan ikan kembong. Che mat guna ikan kembong dalam 5 ekor, ikan kembong bersaiz besar. Ikan perlu segar untuk dapat rasa kuah laksa yang sedap. Rasa macam perlu ada, kalau tak rasa macam, bukan laksa asam lah namanya. Kalau suka pedas, anda boleh lebihkan cili kisar. Che mat letak kurang sikit, sebab sakit tekak tak boleh makan yang pedas2. Serius memang nikmat sangat bila makan laksa asam dalam keadaan cuaca yang panas macam sekarang ni dan disamping badan yang kurang sihat..huhu....Jika anda teringin nak mencuba, che mat kongsi resipi seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA ASAM :-)
5 ekor ikan kembong segar saiz besar
2 camca besar cili kisar
6 keping asam gelugor
2 biji bawang besar*
2 inci belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom
2.5 liter air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa dan 1/4 camca teh gula

BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Daun salad, hiris halus
Bawang besar, hiris halus
Timun, hiris halus memanjang
Bunga kantan, hiris halus
Daun kesom, hiris halus
Cili merah/hijau, hiris 
Nenas, potong kecil (tak letak sebab takde)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa secukupnya (che mat guna mi laksa kering, perlu direbus hingga lembut dulu)
Telur rebus secukupnya, belah 2 setiap 1
Limau kasturi secukupnya, belah 2 setiap 1
Petis atau otak udang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA ASAM :- Ikan kembong segar disiang, cuci bersih dan rebus dengan 1 liter air dan 2 keping asam gelugor hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dengan tulangnya. Isi ikan ditumbuk sedikit. Tulang ikan dikisar halus dengan sedikit air dan tapiskan ke dalam periuk.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus, isi ikan yang ditumbuk, air rebusan ikan (tapis dulu), baki air dan juga baki 3 keping asam gelugor tadi. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih 10 - 15 minit, jika perlu anda boleh tambah sedikit air. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK LAKSA ASAM HATI LARA :- Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah laksa hingga penuh, tabur bahan2 ulam yang dihiris tadi. Letak telur, limau kasturi dan tuang sedikit petis sebagai penambah perisa. Hidangkan segera.....sedapp okehh!!!.

8 comments:

cheq da said...

Wau..che mat dh lama sy mengidam cuma susah nk dpt bunga kantan skrg..terliur tul

Liniey Nor said...

makkk aiii...liniey suka dgr asam2 ni..sedapnya..tp kalo liniey bt sndiri konpem hancusss..hahaha

Honey said...

Hi Che Mat! Sihat ke?

Amboi.. sedap sungguh tengok laksa Che Mat ni. Craving pulak I.

kHaiRunNisSa iRnA said...

AIYOOOOO LAKSA....
NAK !!!!

jom join GIVEAWAY UMMIJOURNAL.BLOGSPOT

http://ummijournal.blogspot.com/2014/03/giveaway-giveaway-giveawaypandora.html

Fuza Musa said...

saya penggemar tegar LAKSA

Sity Nurul Syuhadha Taijuddin said...

laksa!!!! kene rajin siang ikan huhu

Lea Beauty House said...

kat kuala perlis ada 1 kedai laksa.. mmg pames gila la.. ada page kat FB jugak.. Laksa Kak Su..
mmg merbeles la..

musa nora said...

hope che mat smkin sihat n trus brbloging..hri2 msti jenguk dapur che mat..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.