BEN ASHAARI

Wednesday, March 12, 2014

IKAN BILIS GORENG BERKICAP....

rsz_ikan_bilis_goreng_kicap
Anda malas masak?.. Kalau malas, ok kita geng hari ni. Che mat pun sejak2 lepas baik dari selsema dan sakit tekak ni rasa malas sangat nak ke dapur. Tapi disebabkan tanggungjawab kena lah merajinkan diri. Hari ni che mat kasi resipi termudah di dunia, dah lah termudah, tersedap pulak tu. Mesti anda pernah makan ikan bilis yang digoreng garing, kemudian digandingkan dengan bawang besar dan cili padi, kemudian letak kicap lemak manis JALEN...pengsan okeh, nak2 makan panas sama nasi atau pun bubur nasi, serius yang lain takmo dah. Beriya2 sangat che mat tu bercerita, gamaknya...ecehh, kalau terliur tu cakap ajelah kan senang. Ini anda boleh buat bila2 masa anda suka, janji ada ikan bilis....Ok, bagi yang masih tak jelas, meh sini che mat kasi tulis resipi, jangan risau, mesti boleh punya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 gram ikan bilis dibersihkan dan rendam 5 minit
1 biji bawang besar hiris
15 biji cili padi, diketuk sedikit
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 biji limau kasturi, belah 2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan ikan bilis, perah, kemudian goreng dengan api sederhana hingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan. Goreng pula bawang dan cili padi hingga layu, angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali, masukkan kembali ikan bilis goreng, bawang dan cili padi goreng. Gaul rata. Hidupkan api dapur, biar kecil. Masukkan kicap, gaul rata dan matikan api, alihkan ke dalam bekas sesuai. Jika suka boleh perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan segera bersama nasi putih atau bubur...
CATATAN MAT GEBU :- Sebab che mat buat awal sikit, maka che mat gaul rata ikan bilis dan bahan2 lain bersama kicap dan panaskan sekejap sambil dikacau hingga rata (tu pasal ikan bilis kelihatan sedikit gelap seperti dalam gambar). Kalau anda nak makan terus, tak perlu buat macam che mat, boleh terus tuang kicap sebelum anda hidangkan....Selamat mencuba!!..



12 comments:

AiDaRazali said...

Simply de best!!!!

Kisah Si Dairy said...

makan dengan nasi panas..amat menyelerakan..

✿ pink velvet ✿ said...

walaupon nampak simple, tp makanan camnilah yg paling layannnnn

||aLeaSaRa|| said...

owh ni memang fav. di kala takde idea nak hidang apa atas meja.makan dengan bubur panas2 lagi kaw2..ok laparrrrrr :)

Faizah Eijah said...

ohoho..mmg mls nk masak mlm ni..so mmg inilah resepi sy nk cuba mlm ni!!tnq che mat sharing!!

Queen said...

eh che mat. 2 3 hari ni sama pula menu kita,. baru je buat just before the asam pedas.. tp sy mkn dgn bubur nasi dan sup ayam bodo =)

Firdaus Redscarz said...

perghhh tak sabar nak balik buat.. nyumm...

fatimatuzzahra said...

sedapnye terliur pulak..suami sy panggil ni lauk scouts..agaknye pengakap suke buat lauk simple ni..tapi besttt n membuka selera kan..balik ni wajib buat huhuuuu...

Sedang Hangat Diperkatakan

azlia said...

selera mmg terbukak nyer kalau nampak ni! slup!

Yan Ty said...

in my list PCM! Alahailah kehidupan seorang yang bujang.

kazuma said...

Best ni buat lauk bersahur

Maria Awi said...

nak buat esok, makan dengan bubur nasi.
mesti terangkat!!!

10 Cara Banyakkan Susu Badan Ketika Pantang Supaya Mertua Tak Lagi Suruh Menantu Topup Susu Formula

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.