BEN ASHAARI

Wednesday, February 12, 2014

MENGIDAM ASAM PEDAS IKAN PARI...

rsz_adam_pedasikan_pariiii
Salam Rabu semua, serius che mat mengidam asam pedas ikan pari dari semalam lagi. Pagi tadi ke pasar dan  ternampak ikan pari, terus terbayang asam pedas taruk nenas, bunga kantan dan daun kesom, ishh meleleh sioot air liurr...grrrr.. Ok, kita beli ikan pari. Ikan pari yang che mat guna jenis ikan pari daun. Che mat beli seekor,tapi bukan lah saiz gergasi, cuma saiz sedang2 saja, guna 1/2 ekor, yang 1/2 lagi nanti nak bakar bersambal lah. Kenapa eks che mat mengidam asam pedas...haha, suspen aje, takde apa lah sebab cuaca panas2 macam ni, nak makan yang berempah rasa tak selesa aje. Ada pulak nenas, kat rumah, ok che mat curi 2 potongan dan taruk dalam asam pedas idaman ku ini. Dan hasilnya..ummmphh, nyaman sangat2. Bila makan asam pedas che mat suka kuah dia banjir kat atas nasi, dan curah sedikit kicap JALEN, bertambah2 sedap....tak caya lah tuu...takpe nanti cuba masak sendiri..ok..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari (kurang lebih)
1/2 biji nenas madu atau nenas moris
2 senduk nasi cili kisar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
15 biji halba
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1/2 inci kuyit hidup
2 keping hirisan lengkuas
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, cuci hingga bersih dan toskan. Nenas dihiris sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan biji halba hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan lada hitam hitam tumbuk. Kacau rata.
  3. Masukkan nenas dan gaul rata, tuang air secukupnya (anggaran 1.2 liter), kacau dan biar mendidih. Tambah kiub pati ikan bilis (jika guna) dan bunga kantan. Masak sekejap dan masukkan ikan pari. Kacau perlahan.
  4. Tambah daun kesom, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak hingga ikan pari masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.


2 comments:

Farid Laham said...

terbaik asam pedas ni hehe

fabulousnana said...

dpt juga pari fresh.. mahal tp berbaloi utk berbuka ptg ni.. hehe..tq resepinya cmg...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.