BEN ASHAARI

Tuesday, February 25, 2014

HEBAT SANGAT KAH 'FAUZIAH ABDUL SAMAD" TU?...

Malam semua, rasanya lama che mat tak bercerita pasal mana2 blogger. Ok, malam ni nak selitkan sedikit pasal sorang blogger yang boleh dikatakan 'hardworking lady' pun yea, 'iron lady' pun yea jugak. Rasa che mat kalau tengok gambar header tu, tak perlu cerita banyak, orang dah tau siapa yang che mat maksud kan....Tapi kan, hebat sangat kah Fauziah Abdul Samad tu?....Meh sini che mat story..pssstt ni rahsia tau, jangan kasi tau orang lainn...diam....diamm....

Kak Jee @ Puan Fauziah Abdul Samad bukan calang2 blogger, bukan blogger yang tau bercakap saja. Beliau luas pengalamannya, pernah bertugas sebagai wartawan menjadikan Kek Jee (KJ) wanita cekal, hebat dan kental (skema gileerr ayat aku..haha..gasak!!). Serius che mat mula2 dulu tak tau pun KJ ada blog dan dia dengan rendah diri tegur che mat dulu...terkejut okeh bila tengok KJ tegur, maklumlah KJ ni selain dulu bertugas sebagai wartawan, beliau juga seorang artis era 80-an..Kalau anda pembaca blog KJ (di sini), sejak dulu lagi, pasti anda tau cerita pasal KJ, susah payah KJ dalam usaha beliau meneruskan kehidupan dan sebagainya.....

Pertama kali che mat jumpa dengan KJ dulu masa dia datang Sedenak. Rasa macam aku ni adik beradik dengan KJ, sedap sangat berborak dengan macam2 isu.. Pada pandangan che mat, KJ ni easy going person, jenis telus dan kalau tak suka dia tak de nak cakap2 belakang...situ juga dia lambakkan semuanya...lepas tu settle. Tapikan, KJ ini bukan jenis menyimpan dendam orangnya, insha Allah. Satu lagi, bab2 masak, memang che mat saluteee...terror okeh, jangan memain, takde shortcut2, kalau bab2 kualiti, semua harus ikut citarasa KJ, kalau tidak, masa kan pai daging dan kuih bakar berlauk KJ mendapat sambutan hangat di pasaran. Kak Ogy (Fauziah Ahamd Daud), sendiri mengaku di FB, kuih bakar KJ terbaik, tu pasal Kak Ogy asyik repeat order terus....tuu diaa...terus aku ngidammm...

Uik...ada yang pelik ke, che mat tulis panjang lebar sangat?...Releks, tujuan che mat tulis entri ini sebagai ucapan terima kasih, kerana blog KJ merupakan penyumbang traffic utama ke blog che mat. Adatlahkan orang berbudi, kita berbahasa. Orang beri kita madu, takkan nak balas dengan tuba, yea tak. Pada KJ, terima kasih kerana menjadi seorang blogger, terima kasih kerana menghormati kami blogger2 muda (errr...muda ke?), terima kasih sudi berkongsi pengalaman hidup KJ yang penuh warna warni, baik dalam bidang kewartawanan, masakan, lakonan dan sebagainya..Moga Allah swt memberkati hidup KJ sekeluarga...aminn...

14 comments:

Kjee said...

Fuyooooo terima kasih Che Mat... blogger yang sangat Kjee sanjung dan hormati. Anda jugak seorang blogger yang hebat!

Ummi said...

Perrgghh, tergolek baca okeh! Mmg k.Jee seorang yg sgt bekerja keras dan jenis terus terang pd mata hati akak.. Akak pun terkejut dulu bila k. Jee sudi terjah blog dan tegur akak yg x seberapa ni.. Ingat lagi, bila k.Jee sanggup kirimkan akak benih pokok herba dr Jepun x silap akak bila akak komen kat blog k.Jee. Walhal, baru sekali dua bertegur di alam maya, aduuhh malu aii taauu... Tp kan k.Jee, benih pokok tu dpt kat tgn kitqa kan...x tumbuh2...tgn panas kot...huhuu. *ni baru nk buka citer... Apapun, terima ksh atas kesudian k.Jee menyapa..dan atas segala ilmu masak dan info2 menarik di blog k.Jee tu yaa...

* K. Jee hutang kuih bakar dgn kita kan...kaann...kaannn...Hehe. Gurau je ya K. Jee..

Nur Hasliha Hasyida said...

Penah try ns ayam penyet kak jee..mabelessss

Nur Hasliha Hasyida said...

Penah try ns ayam penyet kak jee..mabelessss

Shiela said...

Dipendekkan cerita, Akak setuju sangat Mat..

mamawana said...

Assalam,

Saya suka singgah blog KJ juga..

greetingsfromengland said...

Says masih baru dalam dunia blogging ni, still a lot to learn! Truly admire Malaysian bloggers, ramai betul yang hebat including tuan punya blog and Kak Jee. Keep on blogging!

Irfa said...

saya antara pembaca wajib blog kak jee, suka tgk gambar masakan kakjee
wpun buatnya ntah bila ;)

Cho Zila said...

KJ kitapun suka baca blog dia.. .

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Che Mat..
Kak Sari pun nak ucapkan terima kasih kpd Che Mat sbb blog Che Mat merupakan penyumbang utama traffic blog Kak Sari... maseh tauuuuu!!!

JunAina said...

Aina selalu baca blog Kak Jee. Ingat dulu2 masa kecik Kak Jee berlakon.

lilieyz said...

Terus teringat cerita rumah kedai dkt Tv3 :)

maz said...

Assalamualaikum cik mat...xde rumah ke hri ni tu...sian kmaz mai jauh2 ni...jazakillahukhairan cik mat masih sdi singgah dpur yg bru nk idup tu...huhuu...

inahar ali said...

salam rindu mat..korang dua2 pun hebattt..salute uollss! mekaceh gak wat mat & kakjee sebab menjadi penyumbang utama utk trafik blog akak yg tak seberapa tu..lap uols!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.