BEN ASHAARI

Thursday, January 9, 2014

SORI....ASAM PEDAS LAGI HARI INI...

rsz_asam_pedas_ikan_tenggiri_papan
Assalammualaikum, salam semua, minta maaf yea, hari ni entri asam pedas lagi..hehe, apa nak buat, otak pun dah buntuk nak masak. Jadi ini aje lah yang boleh. Nak masak kari, ada yang tak suka, nak masak kicap ada yang pantang makan kicap...Jadi ini aje yang ok. Ikan yang che mat guna jenis ikan tenggiri papan. Ada 2 jenis ikan tenggiri, satu tenggiri papan, macam che mat guna ni dan satu lagi tenggiri batang. Tenggiri papan badannya leper sedikit dan tenggiri batang badan berbentuk bulat. Isi ikan tenggiri sedap dan kalau nak buat bebola ikan, guna isi ikan tenggiri lagi mudah kerana isinya banyak dan tulangnya kurang. Asam pedas lebih enak jika guna ikan yang segar dan cili yang baru dikisar....Tak jemu kan entri asam pedas?...Bagusss...jom kita masak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tenggiri papan, kerat 6 atau ikut suka
1 biji terunng bulat, buang sedikit kulit dan belah 6, rendam
1 biji tomato saiz besar, belah 6
2 senduk nasi cili kisar
1 camca besar pes asam jawa
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Secubit serbuk perasa (optional)
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah lada hitam dan pes asam jawa. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 1300ml), kacau dan bila mendidih, masukkan terung (toskan), bila terung lembut sedikit, masukkan ikan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula dan serbuk perasa (jika guna). Kacau perlahan dan biar hingga ikan masak. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


4 comments:

cik kiera said...

Wah sedap. Harini pun kiera masak asam pedas . Tapi guna ikan kembung jaa. hehe , bajet takdo :P

hajar said...

ok nmpk sedap saya pun nk msk asam pedas arini....

MamaFaMi said...

Apa kata, kalau nak sori dari mama, hantar sini setepen asam pedas, kerabu mangga, ayam goreng dan nasi putih. Untuk 3 orang cukuplah. Haaa baru mama kasi sori.. bley?

Sis Lin said...

Hari2 asam pedas pun xpe..saya sukeee... :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.