BEN ASHAARI

Sunday, January 5, 2014

IKAN MASAM MANIS SAMA BUAH PEACH..

rsz_sweet_sour_wif_peach1
Assalammualaikum, petang semua, cuaca hujan kat Sedenak ni. Bila hujan mula lah macam lemau aje. Masak pun lewat hari ni. Dan rasa macam nak masak menu yang ringkas. Untuk Bak, che mat masakkan kobis masak lemak putih dan untuk diri sendiri dan mereka2 yang sudi nak makan sama, che mat masak ikan masam manis atau sweet sour. Tapi kali ni che mat masukkan peach sebagai salah satu bahan sampingan. Guna peach dalam tin saja. Che mat guna 2 ekor ikan bawak hitam saiz sederhana (kurang lebih sebesar tapak tangan). Ikan digaul dengan kunyit dan sedikit garam, sebelum anda goreng, lumur dengan tepung jagung. Anda boleh juga siapkan sosnya dahulu dan bila ikan siap digoreng, letak dalam pinggan dan tuang sosnya. Menu macam ni sedap dihidangkan panas2 bersama nasi. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang, cuci bersih, kelar2 sedikit dan toskan*
Sdikit serbuk kunyit dan garam*
2 camca besar tepung jagung*
1 camca teh lada sulah*(*disatukan dan gaul rata2)
1/4 bahagian trafficlight capsicum (merah, hijau dan kuning) didadu
1/2 cawan buah peach dalam tin, potong kiub
1 biji bawang besar saiz kecil, dibelah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping hirisan halia, dimayang halus
2 camca besar cili kisar
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
1 camca besar sos plum
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawa air
Sedikit hirisan daun ketumbar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan bawal hingga masak, angkat dan ketepikan. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos cili, sos tomato dan sos plum. Kacau rata dan tuang air, biar mendidih.
  2. Masukka bawang besar dan masak hingga bawang lembut. Tambah trafficlight capsicum, kacau rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan jika suka manis, boleh tambah sedikit lagi gula. Akhir sekali masukkan buah peach yang telah dipotong kiub. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api (mesti ada rasa masam, manis, masin dan sedikit pedas).
  3. Letak ikan bawal goreng dalam pinggan sesuai, curah kuah atasnya dan hias dengan sedikit daun ketumbar. Hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk2 lain.

1 comment:

Rosfazila Abd Rahman said...

brilliant!
dapat idea dari CM pagi ni,semalam peach ada lebih buat trifle, xto nak watpe, CM dah bagi idea wat masam manis ikan...bagus3x

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.