BEN ASHAARI

Thursday, January 2, 2014

GULAI TEMPOYAK IKAN SUNGAI SAMA TIMUN...

rsz_gulai_tempoyak_sama_timun
Assalammualaikum, salam 2 Januari 2014..Syukur alhamdulillah Allah masih meminjamkan nyawa dan kehidupan untuk hari ini, esok kita tak pasti. Apa2 pun manfaatkan hari ini dengan sebaik mungkin dengan kerja2 yang berfaedah. Entri pertama hari ke dua dalam tahun baru, che mat kongsi menu tradisi. Memandangkan bonda berpuasa hari ini, che mat masakkan gulai tempoyak ikan sungai sama timun. Plan asal nak letak petai, tapi boleh terlupa nak beli. Jadi che mat ganti dengan timun. Ikan sungai jenis ikan terebol ini che mat goreng dulu sebelum dimasak gulai. Terpulang pada anda samada nak goreng atau tidak. Tujuannya selain nak elakkan ikan tadi hancur, ia lebih memudahkan kita untuk makan, sebab ikan sungai kaya dengan tulang temulang yang halus. Bagi yang tak makan ikan sungai, anda boleh guna ikan biasa seperti ikan kembong, bawal dan sebagainya. Dan tak perlu goreng dahulu, boleh masak seperti biasa aje...Resipi amat mudah, seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 - 7 ekor ikan air tawar bersaiz sederhana (che mat guna ikan terebol)
3 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 kuntum bunga kunyit, belah 2 dan rendam (optional)
1 keping asam gelugor
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
35 biji cili padi kampung jenis hijau (boleh kurangkan)
1.5 inci kunyit hidup
2 camca besar penuh tempoyak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sungai dibuang sisik, siang dan cuci bersih, gaul dengan sedikit tepung gandum, perap 10 minit dan cuci, kemudian perap lagi dengan jus limau nipis, biar seketika dan cuci kembali hingga betul2 bersih. Gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga masak, angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai titik dan asam gelugor. Kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih, masukkan ikan dan kacau perlahan. Tambah timun dan masak hingga timun sedikit lembut. Tambah bunga kunyit (toskan) dan daun kunyit. 
  3. Tuang pati santan, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Sedap dimakan setelah dibiarkan 1 - 2 jam..

1 comment:

Raudzah Z said...

Dah lama tak makan timun sebagai lauk.selalunya makan sebagai ulam..