BEN ASHAARI

Tuesday, January 28, 2014

ASAM PEDAS KEPALA IKAN..

rsz_asam_pedas_kepala_ikan (1)
Salam semua, siang tadi che mat masak agak lewat, tapi siap awal....errr..macam mana pulak tu?..Biasalah dia ikut mood, kalau mood tu hari tinggi, maka laju semacamlah buat kerja, kalau mood siput, alamatnya perlahan sangat2 lah nak siap. Mula2 plan asal nak masak kari kepala ikan, tapi Bak tukar menu suruh masak asam pedas. Ok, sett..asam pedas lagi senang. Che mat guna 1 ketul kepala ikan Jenahak. Kepala ikan tu dipotong pada beberapa bahagian, diperap dengan jus limau nipis untuk beberapa ketika kemudian dibilas hingga bersih. Anda boleh juga campurkan daun kesom dan bunga kantan, tapi che mat guna bunga kantan sahaja. Jika anda suka asam pedas yang hangat, boleh masukkan sedikit lada hitam kisar. Ok. jomm lihat resipi, walaupun asam pedas antara entri paling kerap che mat letak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ketul kepala ikan Jenahak (atau merah, sagai, kachi, unga)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 batang serai, diketuk
3/4 camca besar pes asam jawa
1 biji tomato saiz besar, belah 6
1 3/4 senduk nasi cili kisar
10 - 12 batang kacang bendi (che mat guna bendi kontot)
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dipotong, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan (sebab che mat guna bendi kontot, tak perlu dikerat). Ketepikan.
  2. Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan lada hitam dan cili kisar. Kacau rata dan masak hingga pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Biar mendidih, masukka kepala ikan, bunga kantan dan bendi. Kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  4. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


12 comments:

sarazaranisa sayang said...

sedappp nie....

Cik Anis said...

heish,,,BW memalam ni bikin lapar pulak...hhehehehe jom ke blog cik anis pulak www.anisfadliyana.blogspot.com

adda syuhada said...

salam CMG..

asam pedas memang sedap dan nampak senang je kan..simple tapi sedap!apalagi makan panas2..memang x sedar brapa kali tambah nasi..hehe.

gajahoren said...

sedapppnyaaa... terliur tgk...

sWeEt 'N LoVeLy said...

Salam CMG,

Sedapnya asam pedas. Kita pernag try resepi CMG Asam pedas power dengan nenas tu...mmg power..

Engku Muzahadin said...

Sedapnya!

Scarlett O'Hara said...

Patutlah kita buat tak sedap.Rupanya tak letak limau!

putrifarish87 said...

Salam. Semua masakan Che Mat Gebu nampak sedap. Adik saya cakap, nak kawen dengan Che MAt Gebu. Sebab masakkan Mat Gebu mengoda

yatty said...

Hmm sedapnya..nak tryla buat nant.

Mama Asyrafi said...


Sedap nyer..
Kena try nie..
www.asyrafiainashop,com

Mama Asyrafi said...


Sedap nyer..
Kena try nie..
www.asyrafiainashop,com

radin siti aisyah said...

sedapnye..nk wat lah rini..

www.ummiammararif.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.