BEN ASHAARI

Monday, December 16, 2013

'EPHYRA' STRAWBERRY SORBET...

rsz_strawberry_ephyra_sorbet1
Ehemm, assalammualaikum, nampak sedap je kan, nak2 kalau makan waktu cuaca panas terik. Anda ingat entri pasal 'EPHYRA' tak?...kan che mat kata ada sesuatu yang che mat nak oleh dengan produk ephyra tu. Dan ini lah dia, strawberry sorbet dan sebab che mat guna produk ephyra, maka ku tambah nama dia jadi seperti tajuk di atas. Selain diminum macam tu saja, ia boleh juga dicampur dalam smoothies dan sebagainya asalkan ia tidak dimasak, dibakar atau menggunakan air panas. Che mat rasa kalau anda nak campur dalam cis kek jenis dingin beku tu pun boleh. Resipi memang mudah sangat cuma anda perlu ambik masa sikit lah sebab ia perlu dibekukan, kemudian dikisar halus, dibekukan kembali dan dikisar lagi..Tujuan dibuat begitu ialah untuk mendapat teksture sorbet yang halus dan gebu bila kristal ais jadi lebih halus semasa dikisar....Ok jomm che mat share resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram strawberry segar
30 ml air
3/4 camca besar gula (atau secukup rasa)
1 sachet "EPHYRA"*
1/3 cawan air suam*(*disatukan dan kacau hingga larut)
Hirisan strawberry segar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Strawberry dibersihkan kemudian kisar halus bersama air dan gula. Masukkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer selama 3 jam. Bancuhan ephyra juga anda masukkan ke dalam freezer selama 3 jam.
  2. Keluarkan dari freezer, masukkan strawberry dan bancuhan ephyra beku tadi ke dalam food processor, kisar dengan kelajuan tinggi selama 2 minit. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan ke dalam freezer selama 3-4 jam.
  3. Keluarkan dan kisar sekali lagi hingga kelihatan halus. Lepas tu masukkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer sekejap lagi (dalam 30 minit). Kemudian anda boleh scoop ke dalam bekas sesuai, hias dengan strawberry segar dan boleh hidangkan..

8 comments:

ibh_sue said...

Cik Mat mmg kreatif tau. Ble cuba ni. Tambah2 lg sedap la jadinya :)

IzZa HaDi said...

Hi all!
Berminat nak mencuba Ephyra?

Beli Ephyra dengan HARGA PROMO dan dapatkan FREE Body Shop shower cream 250ml / body butter 50ml!

Seriously, grab this GREAT deal! Sementara stock masih ada!

Yours truly,
Izza (Pengedar Sah Ephyra)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com

zaidizek said...

Sungguh menyelerakan Cik Mat, bole cuba nie. Cuba makan je...

Jana Pendapatan Online

Oh Oeya said...

Waalaikumussalam. Harapnya Che Mat sihat sejahtera sekeluarga, Amin.
Nampak sedap ni.. Nyaman melalui tekak.. :-)

Nor Azlina said...

waaa~~~ Terbaik la Che mat. best2. dah lama X mencuba resipi CM nie. Last buat haritu kek marble.

Nurul said...

Nampak seksi warnanya... Pepun, Che Mat memang kreatif.. ^__^

Kyra's Secret said...

Sedapnya resepi ni!Jom dapatkan ephyra dari kami. Hubungi hotline 013-899 1316 untuk info lanjut.

Kyra's Secret said...

Sedapnya resepi ni!Jom dapatkan ephyra dari kami. Hubungi hotline 013-899 1316 untuk info lanjut.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.