BEN ASHAARI

Friday, December 13, 2013

BENDI GORENG TELUR CILI PADI...

rsz_bendi_goreng_telur_pedas
Salam semua, masakan yang mudah2 dan ringkas saja di blog che mat. Sesuai untuk yang baru nak berjinak2 ke dapur. Anda suka makan bendi?..Tau kah anda bendi atau biasanya dipanggil kacang bendi bersifat alkaline dan ini boleh membantu menuetralkan asid dalam badan. Di samping itu bendi juga dapat menstabilkan kandungan gula dalam darah serta mengelakkan sembelit. Kebiasaanya bendi dicampur dalam masakan asam pedas atau kari dan ada juga suka direbus saja. Dalam resipi orang peranakan baba nyonya turut terdapat resipi kerabu bendi atau sambal bendi yang sungguh menyelerakan. Hari ni che mat buat satu menu ringkas berasaskan kacang bendi yang pasti anda pernah buat juga. Bendi goreng telur cili padi ini agak pedas dan kalau tak nak guna cili padi, boleh guna cili merah atau cili hijau biasa, ok kalau anda nak resipi, boleh lihat dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 batang bendi muda, saiz sederhana, cuci dan hiris serong
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam 10 minit dan toskan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang  putih
10 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (kurang lebih 2 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata. Masukkan benda, gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga benda lembut (boleh tambah sedikit air jika perlu).
  2. Tuang telur pada keliling bahagian bendi goreng, bila kelihatan kental, gaul rata2. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas..

3 comments:

Hanis said...

wah...dah lama nak tau selain letak dalam kari,kacang bendi ni nak masak apa.Thanks abg mat gebu.

cuma saya pernah makan kacang benci celur dgn sambal cili kering..sedap sgt...tapi tak pandai nak buat.

Ada resepi tak?

CikguGeo said...

Kalau hendak kurangkan lendir,seeloknya jgn letak air. Tutup kuali dan wap yang dikeluarkan akan melembutkannya.

aamalinaazman said...

Aihh..ni peveret gak..tkr bendi ngan peria biasa or peria katak pon wallah..nyum2..hakhak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.