Assalammualaikum, sehat semua?..Hari ni che mat tak masak, tapi kan seawal pagi tadi che mat dah bikin nasi lemak....errr...tu kira masak juga kan?...erkk..Apa2 aje lah asal bahagia. Sebab dah masak nasi lemak, maka untuk makan tengah hari tak perlu lah masak....besss nyaa!!...Dan che mat pun kemas2 lah dapur. Kat dalam bakul tepi sinki ada pisang montel 3 biji, kejap tolak ke kanan, kejap ke kiri, haishh...rasa risau pulak sebab tengok ala2 menyemakkan kawasan aje..Ok, takpe...tengok jam pun belum masuk Zohor lagi waktu tu, jomm kita buat tak senonoh sama pisang montel 3 biji tu, siapp lah nko pisang...aku kerjakan kejap lagi. Buka peti sejuk, keluarkan bahan2 yang sepatutnya. Pisang tadi che mat bogelkan dan aku hempuk dengan alat penekan daging burger, sampai hancur....errr apa eks orang putih panggil alat tu...potato masher kan?...yelah agaknya, tak kuasa nak google...
Ok, lepas berlakunya adengan ranjang antara bahan2 tadi dan beberapa ketika kemudian, terjadilah apam pisang tembam merekah...selamat dah pisang tadi, dari menyemak terus jadi benda sedap...hehe, suspen eks ayat2 che mat guna, macam lucah aje kan...apa2 pun itu terpulang pada cara anda berfikir, kalau ke arah lucah, lucah lah jadinya, kalau ke arah yang betul, maka ia akan bermaksud betul. Menghasilkan 12 biji apam pisang saiz sederhana seperti anda lihat dalam gambar. Pada che mat apam pisang elok dibuat dalam bekas individu agar senang nak makan dan nampak kemas. Kalau buat dalam loyang pun boleh, cuma leceh sikit lah kan nak potong2 bagai. Kalau suka nak makan sama kelapa parut pun boleh, tapi che mat malas nak parut kelapa, makan aje macam tu...sudahh!!....Resipi seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-)
170 gram pisang montel (kurang lebih 3 biji)
1/4 cawan gula perang
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh garam
1 cawan tepung gandum
100 ml minyak jagung (atau minyak sayuran)
1 biji telur gred A
Beberapa titik esen pisang
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan kukus, balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Pisang dilecek bersama garam dan soda bicarbonate hingga lumat. Ketepikan. Dalam mangkuk adunan, masukkan telur, gula perang dan minyak jagung. Kacau dengan whisk hingga berkrim dan gula hancur.
- Masukkan pisang lecek, gaul rata dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Rehatkan 10 minit.
- Kemudian isikan ke dalam acuan apam yang telah disapu sedikit minyak (atau che mat guna bekas aluminium seakan2 muffin cup dan che mat alas dengan paper cup bersaiz sederhana) dengan adunan 3/4 penuh. Buat hingga siap.
- Kukus selama 15 minit dengan api kuat untuk mendapatkan apam yang merekah permukaannya. Sejukkan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut yang digaul sedikit garam atau dimakan begitu sahaja.
CATATAN MAT GEBU :- Selain pisang montel, anda boleh ganti dengan pisang embun atau pisang emas. Dan untuk memudahkan cara, anda boleh timbang pisang tadi sebelum dilecek, pastikan timbang pisang yang tanpa kulit. Kalau anda kukus guna loyang, tempoh mengukus lebih lama kurang lebih 35 minit....Selamat mencuba!!
8 Comments
mcm best jer. mcm sedap jer. nanti kc nak buat lah.
ReplyDeletethank u for the recepi...nice la
ReplyDeleteEmmmmm yummy...
ReplyDeletesalam che mat..im visitor setia cmg punye blog..dh try buat apam gebu gebass ni..tqvm for the recipe...sedap!
ReplyDeleteTringat arwah nenek yg akn buat apam ni malam2 utk sarapan pagi esoknye.tp sygnye waktu tu msih kecik.x pndai lg nk bljr2 apam2 nie..skrg ble cuba resepi cmg plak..tp org dlu2 masak pkai bahan simple2 je..tapi masih sedappp..tq cmg :-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSayer antara pencari resepi dlm blog c.mat ni..tq utk resepi ni..sy nk cuber..
ReplyDeleteMcm sedap je.. nk cuba buatlah!..
ReplyDelete