BEN ASHAARI

Wednesday, December 11, 2013

BEBOLA TEMPE......KE CEKODOK PISANG?...

rsz_bebola_tempe
Sekali pandang macam cekodok pisang, tapi bukan...Bak pun mula2 ingat cekodok pisang. Sebenarnya ini percubaan che mat mengolah tempe untuk dijadikan satu hidangan lain. Saja lah boring2 dan kebetulan bahan2 ada, cuma kurang satu bahan aje, cili merah. Bebola tempe ni che mat campur dengan sedikit isi ayam yang telah dicincang halus. Tidak menggunakan tepung, sebaliknya che mat gunakan roti putih sebanyak 3 keping. Dan che mat guna 4 keping tempe berbungkus daun. Sebabkan nak cepat, buat pun guna food processor, semua kasir kisar sekali jalan. Tapi kalau anda boleh guna secara manual, cuma tempe tu anda kena dadu kecil dan lenyek dengan penekan daging burger, hingga hancur. Selain bentuk bebola, boleh juga dibuat seakan2 bentul begedil...

rsz_bebola_tempe1
Dari segi rupa nampak macam nak delah lawa mana yea tak, tapi rasa dia not bad, dah nama tempe mestilah ada rasa tempe dan sekadan2 rasa kuih vadei pun ada gak, sebab che mat campurkan daun kari dan jintan manis. Sebab che mat guna scoop aiskrim bersaiz sederhana, maka dapat dalam 20 biji. Ia bergantung pada besar mana bebola yang anda buat. Sedap dimakan panas bersama cili sos atau juga dicicah sambal kicap. Kalau ingin mencuba, anda boleh semak resipi seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping tempe berbungkus daun
50 gram daging ayam, cincang halus
1 biji telur gred A
3 keping roti sandwich (che mat guna Gardenia), dipotong dadu kecil2
1 biji bawang besar, didadu
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris (tak letak sebab takde)
2 tangkau daun kari hiris
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh baking powder
Garam secukup rasa
Sos cili atau sambal kicap untuk dimakan bersama bebola tempe

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dipotong kecil, kemudian lenyek atau tumbuk dalam lesung batu hingga hancur, tak perlu lumat sangat pun takpe. Masukkan ke dalam bekas bersama daging ayam cincang, bawang besar, cili hijau, cili merah, daun kari, jintan manis dan roti yang dipotong kecil. Masukkan garam secukup rasa dan baking powder, gaul rata2.
  2. Masukkan telur dan gaul hingga semua sebati dan menjadi adunan yang pekat dan boleh dibentuk. Cedok 1 camca besar adunan, kemudian bulat2kan (pastikan anda sapu tapak tangan dengan sedikit minyak). Buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kuning kemasan, angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili atau sambal kicap. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.

7 comments:

ai stalk. ai read. ai digest. said...

sedapnyer Che Mat!!! peberet ni tempe. harus try.

Yumida Huda said...

nampak sedap la
bahan2 dia pun senang nak dpt
nnti nak cuba buat jugak la
tergoda dgn pic cekodok tempe ni

Contest SEO Eridy menangi hadiah wang tunai RM500!

Cik Anis said...

waahhh nk kne try nih..jmput singgah blog cik anis ye ^^

Suzlin Azreena Nordin said...

kreatif sungguh CM ni tau.fevret kite ni, tempe.nnt boleh try.

CT said...

kreatif n inovatif CMG nih. Boleh try...

http://batulesung.blogspot.com/2013/12/a-trial-of-endurance-trek-to-everest.html

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

terliurnya tengok.. pasti sedap.. ada tempe tu yg buat sedap!

radiah hamdi said...

Cam best jertt

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.