BEN ASHAARI

Wednesday, December 18, 2013

'BAMBOO CLAM' GORENG BERCILI...

rsz_bambo_clam_goreng_cili
Assalammualaikum, salam Rabu...rasa lemau aje hari, malas pun yea. Nak jengah blog sendiri pun macam tak berapa nak ada mood, tapi sebab dah ada blog dan ada tanggungjawab kenalah buat sesuatu agar blog bernafas. Ok, entri kali ni che mat masak 'bamboo clam'..err kalau bahasa melayu menda eks?..sapa tau?...semalam che mat ke AEON KULAIJAYA...saya lah tengok2 tempat baru dan sempat gak lah rembat apa yang patut (ke..apa yang suka...grrr...napsu lagi.hasihh!!)..Ok, dan masa che mat lalu kat freezer dia, maka ku ternampak bamboo clam, yang telah didingin beku kan. Ok, ambik 2 paket...tamak eks?...tak lah, benda ni nampak aje macam banyak sebab kulit dia tu besar2, isi bila dah masak jadi kecot, tapi masih ok lagi. Kalau anda nak tau pasal bamboo clam ni anda google aje lah yea, atau boleh baca di wikipedia. Che mat blurr juga tatau nak masak apa, tapi kita orang melayu, ikut tekak melayu lah kan. Jomm masak 'bamboo clam' goreng cili!..

(Gambar 'bamboo clam' segar...kredit dari sini )

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram 'bamboo clam' direndam sekejap dan toskan
3 biji limau kasturi, perah jusnya
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
4 biji cili merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum, masukkan daun limau purut dan masak hingga terbit minyak. Masukkan bamboo clam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa serta sedikit gula. 
  2. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, masak sekejap hingga bamboo clam terbuka, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain. Jika suka anda boleh tabur sedikit hirisan daun bawang sebagai hiasan...
CATATAN MAT GEBU :- Rasa isinya manis dan che mat buang sedikit kotoran yang berada pada hujung bahagian bamboo clam sebelum di makan. Tak perlu masak terlalu lama untuk mengelakkan isi bamboo clam menjadi liat...Selamat mencuba!


6 comments:

sentebale-hk said...

Pepahat...
Isi x byk tp sedap

lovelywa said...

yupp..sy pon panggil pepahat..penah makan kat kedai dorang masak pedas campur telor..mabeless!!

inahar ali said...

salam mat..kalu orang kampung akak kt endau mersing panggil ni gonggong..hee pelik la pulak nama tu eks..hehe!masa akak kecik2 dulu selalu tolong arwah atok pi cari gongong kt tepi pantai..nostalgia sgt!

adda syuhada said...

Assalamualaikum CMG...nampak menyelerakan...

farizah farr said...

nmpak sedap..tapi xpernah tau kewujudannya.. :)

sYiRa LoKMaN said...

suka ni...sedaaappp !
btw,terjah sini yeee...
This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging and giveaway.
http://syiralokman.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.