BEN ASHAARI

Monday, November 11, 2013

SIAPA SUKA LEMPENG PISANG?..

rsz_lempeng_pisang
Suka makan lempeng pisang?...Che mat suka juga, dan pagi tadi berbaki 3 biji pisang montel bersaiz 'montel', maka che mat buatkan lempeng pisang. Jadi lah dari takde, 3 biji pisang tu dapat juga dalam 4 keping lempeng pisang bersaiz kurang lebih 5 inci. Time pisang banyak langsung tak teringin, tapi bila dah tinggal hujung2, tu jam lah baru teragak. Lempeng pisang ni che mat buat tak letak gula, sebab pisang tu sendiri dah manis, kang tambah gula lagi manis, dah lah harga gula mahal sekarang ni. Selain pisang, che mat masukkan juga kelapa parut. Che mat guna tepung berserbuk penaik untuk resipi ini, tapi kalau anda takde, boleh ganti dengan tepung gandum di tambah dengan 1/2 camca teh baking powder dan secubit soda bikarbonate dan diayak. Kalau anda nak mencuba, che mat tulis resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji pisang montel saiz besar
3/4 cawan kelapa parut putih
1/4 camca teh garam
1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek pisang hingga lumat. Masukkan kelapa parut, garam dan tepung, gaul rata2 hingga semua sebati. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 8 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Cedok kurang lebih 1/4 cawan adunan dan tuang dalan pan, ratakan dan masak dengan api perlahan hingga permukaan lempeng nampak pucat. Terbalikkan dan masak hingga perang.
  3. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser dengan sedikit minyak pada pan setiap kali membuat lempeng pisang. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang...

6 comments:

warna warni said...

Salam Che Mat

nmpak sedap sgt lempeng pisang itu....^_^ faveret cicah ngan sambal tumis ikan bilis..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

jujur dari hati.. Kak Sari lebih suka lempeng pekak dari segala jenis lempeng yang lain.. tapi kalau dah depan mata, Kak Sari belasah jer... hihihi

khalilah hanis said...

lempeng psang mmg sdap...kesukaan sya dr kcik lagi..klo mak wat lempeng x mkn nasi dah...kak sari..lempeng pekak tu apa..?

Jujue Ahmad said...

Salam, tengok pada lempeng dan resepi macam sedap je tapi tak pernah makan. Nanti nak cari pisang dan cuba buat la.

Roses_Leo09 aka Hanim said...

salam che mat,

kalau bakar berlapik daun pisang laagi wangi bau. Yang kerak tu la yg sedap

Cik Nur said...

waaaa...my fevret..but lgi suka yg kelapa saja..heeee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.