BEN ASHAARI

Sunday, November 3, 2013

KALAU BOSAN TAK PE..CHE MAT TAK MARAH.....

rsz_asam_pedas_lagi
Eh...lain macam aje tajuk entri....erkk...releks dan bertenang, che mat saja aje memandangkan resipi dah berpuluh kali letak kat blog. Silap2 orang panggail che mat asam pedas. Hari ni atas sebab2 tertentu che mat masak awal, sebelum jam 7 pagi dah mula masak, dasat tak si mat gebu tu..dah macam keje kantin sekolah kan, pepagi buta dah melangok kat tepi sinki sambil kaco2 kopi, sambil siapkan rencah2 untuk masak asam pedas. Sambil2 tu berselawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w agar masakan kita lebih diberkati (err...time ingat che mat buat, kalau tak ingat..che mat bebel manjang...grrrr). Maka terjadilah masakan asam pedas di awal pagi. Che mat guna ikan sagai. Sebab saiz ikan tu besar, che mat kerat 2 setiap potongan. Bahanakan takde dah stok sayur yang boleh dicampur dalam asam pedas, che mat letak sawi jeruk sudah lahh...Typical orang Johor sangat kan asam pedas campur sawi jeruk....Pstt...bercadang membuka blog dengan domain sendiri, klik sini dan ada peluang besar menanti anda....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 keping ikan sagai (atau ikan pilihan anda)
1 pokok kecil sawi jeruk, potong kecil dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa 
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca teh lada hitam
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum dan bawang keperangan. Masukkan bahan kisar halus dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar dan terus memasak hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1200ml). Kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan sawi jeruk (tos dan perah). Kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...


11 comments:

Kjee said...

Sumpah tak bosan kalau pos laju sikit ke umah Kjee. Hehehe.

ana said...

Assalam
Cik mat ni masak mcm arwah mak sya la. Siap sayur jeruk lg. Sya suke. Rindunye mskan arwah mak...

Suzie said...

Saya suka sangat asam pedas tapi x pandai nak beli sawi jeruk.

husna zahidi said...

ikan sagai?? nmpak sangat husna bnyak tak kenai ikan..-.-

KiD said...

nak asam pedas che mat gebu kantin sekolah.. :)

Yana said...

Salam..Cik Mat punye asam pedas memang sedap.saya dah try..suami cakap sedap sangat..penuh dengan rempah ratus.. harap halalkan resepi yea cik mat.

Yan Ty said...

Tak payah rasa camtu ye PCM , Ty nak sikit!

aida said...

dapnye...nak cube la esk....

aida said...

cik mat..nak tanye..ikan sagai tue ikan ape yek

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

asam pedas tak pernah jemu lah Cik Mat.. akak sukaa...

ctrain7474 said...

tengok jeruk sawi je pon dh kecor air liur...isk..isk..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.