BEN ASHAARI

Monday, November 11, 2013

GULAI LABU MANIS, SAMBAL BELACAN DAN IKAN GORENG..

rsz_gulai_labu_manis
Assalammualaikum, salam Isnin...Lewat che mat dapat update blog. Entah kenapa line internet macam semput aje, nak download gambar pun punya lah hazab...huhu, nyaris2 che mat malas nak update. Kalau tak entri ni jam 1.30 tadi dah publish. Hari ni plan asal terbatal. Seawal semalam bonda dah plan nak gulai pisang muda sama tulang ikan masin kurau dan cendawan kukur, tapi pagi tadi pisang yang nak digulai tak boleh guna, rosak. Jadi terus tukar masak labu manis, digulai sama kacang buncis. Seperti anda tau labu ni sejenis sayur/buah yang verstile. Boleh dibuat manisan dan sebaliknya. Satu lagi keistimewaan labu, ia boleh disimpan untuk jangka masa yang agak lama..

rsz_gulai_labu_manis1rsz_gulai_labu_manis2
Gulai labu manis kali ni che mat masukkan kacang buncis, kebiasaannya guna kacang panjang. Ada beza juga dari segi rasa. Tapi kacang buncis lebih manis dan che mat lebih suka kacang buncis sedikit rangup dan tidak terlalu lembut. Sebab saiz labu tu agak besar, bonda sarankan che mat masak 1/2 biji sahaja. Satu yang menjadi kebiasaan jika ada masak lemak atau gulai seperti ini, menu sampingan yang harus ada ialah ikan goreng dan sambal belacan. Che mat cuma goreng kunyit ikan tongkol, tapi jangan goreng lama sangat, kasi goreng lembap2 sudah memadai. Kalau goreng lama sangat nanti jadi keras macam terompah kayu...tak besss. Untuk Bak, che mat gorengkan ikan masin sepat benua...kan senang keje, betul tak?..Tiba teringin gulai tempoyak ikan patin macam kat sini...grrrr..mencik laaa!!..

rsz_gulai_labu_manis3
Dan...yang ni benda power, harus ada, kalau takde, samalah macam makan lauk takde garam, ibarat malam takde letrik, dasat kan...Sambal belacan ni bonda yang tumbuk, che mat malas pulak nak menumbuk sambal belacan ni hari, satu lagi kan kalau ibu kita yang buat serius rasa dia lain, lebih sedap....alasan kalau orang malas nak buat, gitu leerrr.. hehe..tapi betul, tak tipu, air tangan ibu mana ada tandingan begitu juga dengan penampar ibu..kalau kena berpinau mata!!!. Kalau nak sedap lagi mintak ibu kita suapkan makan...aduhh hai, lagi nyamann youu!!!..Apa?...segan?..haha...che mat tak segan punggg!!...Ok resipi gulai labu manis seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji labu manis (atau sebiji labu manis saiz sederhana)
15 tangkai kacang buncis, kerat pendek, cuci dan toskan
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
5 biji bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan dan tumbuk kasar
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas labu, kemudian dipotong kiub, cuci dan masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, hirisan bawang merah, bawang putih dan udang kering tumbuk. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan serbuk kunyit dan masak hingga labu 1/2 empuk. Tambah kacang buncis dan pati santan. Masukkan daun kunyit dan lada hitam tumbuk. Kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  3. Biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Masak sekejap hingga labu empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng/ikan masin dan sambal belacan....diam2 makan ok...ehemm.

6 comments:

rabiatul adawiyah said...

Che Mat, terliur ruby nengok ni. So ini jadi juadah untuk lunch ruby esok. Nyum nyum.

-ruby.MY

rabiatul adawiyah said...

Che Mat, terliur ruby nengok ni. So ini jadi juadah untuk lunch ruby esok. Nyum nyum.

-ruby.MY

Cik Nur said...

wahhhh....suma tu my fevret..nice share..esok nk buat lah..rindu masakan neh.. :)

Ayu Zan said...

kebetulan semalam ayu masak juadah ni

MG schmidt said...

sedap gulai labu tu .
lama dah xmakan ..
ermm ...terliuq ..uhuhu

Yatie Mokhtar said...

sedapnye...masakan kampung macam ni memang menyelerakan..kalau makan mesti bertambah2 ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.