BEN ASHAARI

Saturday, October 5, 2013

MI GORENG BASAH YANG DAH TAK BASAH..

rsz_mi_goreng_basah
Assalammualaikum, che mat tak berapa sehat hari ni dan petang baru dapat bersiaran. Malam tadi rasa panas sangat badan dan mengalami pendarahan hidung, dah lama tak kena macam tu. Lepas makan ubat, terus pengsan. Semalam tak de masak apa sangat yang boleh dijadikan entri blog, cuma che mat bikin satu menu ringkas, goreng telur mata kerbau, kemudian tumis bawang besar, cili merah dan hijau. Lepas tu curah kicap lemak manis Jalen. Masak sekejap, matikan api dan curah atas telur, tabur sedikit hirisan daun bawang. Hidangkan panas2....mmm....sedapp. Tapi pagi ni che mat ok sikit dan bangun awal. Untuk sarapan che mat buat mi goreng basah. Tapi dalam gambar mi dah tak basah dah..mana taknya, sementara nak siapkan prop semua, tau2 mi dah jadi kering. Boleh aje lah kan. Tapi mi tu masih basah sebenarnya dan amat2 sedap dimakan bersama cili jeruk yang ditaja oleh Ayu CitarasaRinduan...terima kasi ayu...hehe.....Kita lihat resipi pulak....Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
2 genggam taugeh, dibersihkan
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping tauhu (jika tauhu besar, guna 1), dadu dan goreng
2 biji telur, dipukul sedikit
20 ekor udang saiz sederhana, kupas kulit cuci dan toskan
2 keping fishcake, hiris
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sambal tumis
1 camca kicap pekat JALEN
Kicap lemak manis JALEN secukupnya
1 cawan air (che mat guna stok ayam)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Cili hijau jeruk secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 camca besar), tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan sos tiram, kacau rata. Tambah udang dan fishcake, kacau dan tuang sedikit air. Masak hingga udang berubah warna. 
  2. Masukkan tauhu goreng, kacau dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar sedikit mengeras dan kacau hingga masak. Gaul dengan bahan2 lain. Tambah kicap pekat dan kicap lemak manis secukupnya (anggaran 5 camca besar). Kacau rata.
  3. Masukkan mi dan gaul, rasa jika kurang masin boleh tambah kicap lemak manis secukupnya. Masukkan air dan kacau lagi. Tambah taugeh, gaul rata2 dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan hidangkan dengan cili jeruk...


7 comments:

akmall said...

Encik Mat!! makan ubat!!.. rehat2...

Mat Gebu said...

@ akmall - terima kasih....

Along Najwa said...

Kesiannya..hrp dh beransur pulih...uncle mmg jd sumber rujukan setiap kali nk masak :). Agak panik bla uncle x update2 blog. Mkn ubat & byk rehat yer...

Masz Health Boutique said...

Semoga kembali sihat En. Mat :)

Noor Afifah Mohd Baharuddin said...

salam ziarah en mat, dah lama duk 'curi' resepi en mat utk msk di dapur saya, now dh ada blog, dpt la sy komen, hehe..budak baru belajar..=)

http://madamvitamin.blogspot.com/

adzairdawati makdara said...

ni memang peberet saya dan anak teruna saya :)

zulhilmi tempoyak said...

perghhhh... tlg la rajinkan diri nk masak.. huhu

sedap beno nmpk ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.