BEN ASHAARI

Saturday, October 12, 2013

MAGGI KETAM KERANG....JEMPUT MAKAN SEMUA..

rsz_megi_ketam_kerang
Salam semua, malas nak masak hari ni, maka tengah hari tadi che mat masak maggi aje, sudah lah. Tu hari ada belikan anak buah che mat ketam, dan che mat culik 2 ekor untuk dibuat perencah masa maggi. Maka hari ni che mat pun masaklah maggi  kari campur ketam. Saja lah usik jiran sepagar dengah plan che mat nak masak maggi ketam, dia kata try maggi kerang....erkkk...alaaaa..malas nau nak ngambik kerang dalam freezer, tapi takpe, kena lah rajin yea tak, mana boleh malas2..Maka che mat pun dengan rasa rajin2 ayam, aku pun menyelongkarlah freezer dan tidak lama kemudian....taaa daaaa!!! jadi macam gambar atas tu, bukan setakat kerang dengan ketam sekali ku masukkan....sedap jugak kan melantak maggi ni, walaupun agak kurang bagus. Tapi che mat celur dulu mi maggi tu kasi dia lembut, lepas tu letak dalam mangkuk dan baru curah kuah dia. Dan sebagai pembasah tekak, che mat buat sirap selasih...taruk air batu kasi sejuk....Oh yea, mi maggi tu agak pedas sikit sebab che mat tumiskan sedikit sambal belacan dalam kuahnya...Resipi biasa2 aje....nak juga ke?..alaa segan tau nak tulis sebab masak maggi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi perisa kari (asingkan perencahnya)
1 ekor ketam, dibersihkan
1 genggam isi kerang
2 pelepah sawi, disiang berasingan
2 bijitau pok, kerat 2 setiap 1
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 camca teh sambal belacan
1 biji telur
2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak (anggaran 1 camca besar), tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan sambal belacan dan masak sekejap. Tuang air, kacau dan tambah perencah kari. Kacau dan biar mendidih.
  2. Kecilkan api, pecahkan telur dan biar hingga telur masak. Tambah kerang dan ketam. Biar hingga ketam masak. Tambah sawi dan tauhu pok. Masak sekejap dan rasa jika kurang masin anda boleh tambah sedikit garam. Matikan api.
  3. Mi maggi celur hingga lembut. Toskan dan masukkan mi ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah (no.2) atas mi tadi. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan segera.....errrrrrrkk...alhamdulillah..kenyang...hehe.


5 comments:

Atikah Isa said...

sedap nye

zulhilmi tempoyak said...

perghhhhhhh

Kak Yon said...

sedap makan panas2..

adzairdawati makdara said...

fuhhhhhhhhhh ketam tu mcm memanggil manggil je nama saya Che Mat hehe

Md Yusree Md Yusup said...

Salam che mat dok joho area mne ek..nak jmpa n timba ilmu bole x..hihi

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.