BEN ASHAARI

Friday, October 18, 2013

ASYIK...ASYIK KUE TEOW GORENG....

rsz_kue_teow_pening
Asyik2 kue teow goreng, boring juga kan...tapi che mat tak boring punnnn... Kan che mat tak masak hari ni sebab pagi tadi kakak sedara che mat dengan murah hatinya bawakkan nasi ambeng serta apam dan karipap...Alhamdulillah...cuti masak sekejap pagi tadi. Dan petang pulak, mulalah macam terlapar, oleh sebab kat rumah che mat ada yang suka makan kue teow (che mat lerr tuu), ada yang tak suka, ada yang tak boleh makan udang, kerang dan ada yang boleh (che mat juga), maka che mat goreng untuk sorang makan aje. Agak cepat dimasak dan tak perlu terlampau banyak bahan. Tapikan kali ni che mat campur 1 camca teh petis dan hasilnya...ohh heaven you!!...sedap!!..(errr...terpuji pulokk..hehe jangan marah atau sakit hati okeh). Benda senang macam ni semua orang boleh buat. Dan sukatan kue teow tu che mat agak2 aje, kurang lebih sekali cekut dengan tangan. Kalau suka pedas boleh lebihkan cili (atau che mat guna sambal tumis). Amacam, rasa boleh buat kan?...Senang ajee...meh sini che mat kasi resipi, nanti boleh cuba...ini hidangan untuk seorang....Untuk blogger dan bukan blogger sila baca entri ini....hmmmm

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 mangkuk kue teow (mangkuk berisipadu 500 ml)
1 genggam taugeh, cuci dan toskan
15 tangkai kucai, kerat pendek
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam isi kerang
7-8 ekor udang saiz besar, dibersihkan
1 biji telur, kacau sedikit
1 camca teh petis (otak udang)
1 camca teh kicap pekat (JALEN)
1 1/2 camca besar sambal tumis
Sos ikan secukup rasa
Cili hijau jeruk, untuk dimakan bersama kue teow

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan samba tumis dan petis, kacau rata, masak guna api kecil. Tambah udang dan kerang, kacau rata dan masukkan kicap pekat. Gaul rata.
  2. Masukkan kue teow, gaul hingga semua rata. Tolak kue teow ke tepi kuali. Masukkan telur dan kacau sedikit hingga kental. Kemudian gaul dengan kue teow tadi. Perasakan dengan sos ikan secukup rasa.
  3. Masukkan taugeh dan kucai, gaul rata dan masak dengan api besar. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cili hijau jeruk.....Selamat menjamu selera...


7 comments:

Muhammad Zul Fahmi said...

nak try la pas ni

Faeez said...

Faeez pun tak boring dgn kue teow goreng... boleh hidup... hehe.

yoshitaka nobuhito said...

mmm...memang sedaap!!

Delima Zamrud said...

D5 xpenah boring ngan kue teow mmg pebret sgt2 :D..

Keladi Betawi said...

Assalam cmg
saya pernah beli sos kue teow kat penang. Kue teow jadi sedap kalu tambah sos tu. Skrg stok sos abis dah. Idea cmg bubuh kuah rojak tu bagus juga, nak try lah. Tkasih byk2 cmg atas resepi2 sebegini. Walaupun simple tapi org guna selalu. Semoga Allah memberkati cmg selalu.

Eyriqazz said...

menggiurkan..hasrat utk merasa masak cik mat belum lagi kesampaian...

aDisH.sHidA said...

suka keow teow..tapi sunah xmakan keow teow..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.