BEN ASHAARI

Wednesday, September 11, 2013

KENAPA CHE MAT SUKA 'AYAM PONGTEH?'....

rsz_ayam_pongteh (3)
Salam semua. Asyik2 ayam pongteh...ha ah kan, si mat tu, sikit2 ayam pongteh. Anda boring dan jemu ke?..Hmm tapi tidak pada cm, ayam pongteh satu menu masakan orang peranakan Baba Nyonya yang begitu mudah dimasak tapi rasanya cukup memikat. Bahan2nya pun tidak banyak. Satu yang anda perlu titikberatkan jika hendak mendapat rasa ayam pongteh yang sedap, ialah kesegaran ayam dan tauco hendaklah jenis yang baik dan berkualiti. Ayam pongteh lebih sedap dimakan bila dibiarkan sehari, maksudnya, kalau anda masak ni hari, esok ia akan jadi lebih sedap. Ia lebih kurang macam masak kicap tapi bukan masak kicap. Tidak pedas dan sesuai untuk kanak2 dan juga mereka yang tak gemar pedas dan yang paling penting ia mudah dimasak. Resipi boleh di katakan sudah banyak kali cm tulis dalam blog dan asalnya dari Chef Florence Tan. Tapi sebagai adat blogger masakan, jika ada entri masak2, selok2nya ada resipi...kalau Kak Jee sudah mencubanya di sini....anda bila lagi?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kerat 7 - 8 bahagian, cuci bersih dan toskan
10 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/2 kiub pati ayam (optional)
1/3 cawan pes taucho (mat guna tauco biji2 dan mat lumatkan sedikit)
8 - 10 kuntum cendawan shittake segar, rendam
2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair atau secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili merah dan hijau, dipatah2
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul hingga mesra dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang (toskan), tambah kicap pekat, kiub pati ayam  dan kicap cair (sedikit dahulu). Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana hingga kentang 1/2 empuk. Tambah cendawan shittake (tos dan perah). Masak lagi hingga kentang empuk.
  3. Tambah sedikit gula dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah lagi kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah dan hijau yang dipatah2kan. Hidang bersama nasi hangat dan sambal belacan...

6 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

sedapnya...dah isi tabung nuff anda.

Irfa said...

sy pun kalau suka satu2 masakan tu,sy akan ulang masak sampai bosan :)

Delima Zamrud said...

Insyallah 1 hari D5 nk cuba gak :)

adzairdawati makdara said...

nak kena cuba ni..

Kedai Suplemen Semulajadi Amiza said...

sedapnya.. hari sabtu cuti bleh try

nurin khairi said...

Nk tny..tauco tu apa ye? Taucu yg biji2 tu ke?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.