BEN ASHAARI

Friday, July 19, 2013

SEMALAM CHE MAT BERBUKA LONTONG AJE...

rsz_lontong_johoree
Salam Jumaat 10 Ramadan, apa khabar...macam mana puasa anda....bagus?. Sebelum tu cm minta maaf sebab agak jarang dapat kemas kinikan blog, bukan takde bahan, tapi masa agak terbatas. Ada juga yang tak berapa setuju bila cm masukkan gambar2 makanan di waktu siang hari. Nak letak malam, tak larat sangat dah. Contoh macam entri lontong ni, memang cm plan nak letak malam tadi, tapi keadaan memang tak mengizinkan dan bila ada masa, mata pulak mengantuk teramat sangat. Memang cm rancang nak masak lontong dan kebetulan semalam hari pertama cm melapis kek lapis (yang tu insha Allah cm letak resipi nanti yea). Jadi lontong adalah pilihan yang ringkas dan mudah disiapkan. Kalau orang Johor, lontong mesti ada sambal tumis atau sambal kacang. telur rebus dan serunding sebagai pelengkap. Dan ada juga teman Fb yang kasi tau, di Singapura, lontong ditambah dengan begedil, menarik juga kan..Takpe lain kali kita test tengok...Bagi anda yang nak berbuka satu makanan yang ringkas dan mengenyangkan, lontong antara pilihan tepat..

BAHAN-BAHAN SAYUR LODEH :-)
1/4 biji kobis bulat, potong kecil
15 tangkai kacang buncis @ 8 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tempe, potong kiub
2 keping tauhu, potong kiub
30 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 biji terung, potong kiub dan rendam
1 biji kentang, kupas dan potong jejari, rendam
1 biji sengkuang saiz kecil, kupas dan potong jejari, rendam
1 biji lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong jejari, rendam
1 cekak soo hoon, kerat pendek
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas diketuk
1 kiub ikan bilis (optional)
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
3 biji buah keras, dihiris

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Ketupat atau nasi impit secukupnya, dipotong kiub
Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Serunding kelapa
Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), tumis serai dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang santan cair, kacau dan bila mendidih, masukkan sayur2 yang keras dahulu, kentang, sengkuang, lobak merah dan fucuk (toskan). Masak hingga lembut. Masukkan tempe, kacang buncis@kacang panjang, tauhu dan kobis. Kacau perlahan.
  3. Bila sayur lembut sedikit, tambah soo hoon (tak perlu rendam, cuma lalukan dibawah air paip), kacau dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
  4. Ketupat atau nasi impit dipotong kiub, letak dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah lodeh bersama isi2nya. Letak 1/2 telur rebus, sambal tumis dan serunding. Boleh hidangkan....Selamat mencuba!..
CATATAN MAT GEBU :- Ada pelbagai versi memasa lontong, dan kebiasaannya yang che mat masak, ia tak ditumis, hanya dimasak seperti masak lemak biasa. Ada juga yang mencampurkan udang segar dalam kuah lodeh dan ditambah sedikit cili kisar. Anda boleh lebih atau kurangkan jenis sayur2an dalam lontong, ikut apa yang anda rasa sesuai.

10 comments:

Nora Akhmal said...

Salam. Menyelerakan betul nampak lontong Cik Mat. Teringin pulak nak masak juga.. ini yang kena cari bahan-bahan lepas ni hehe..

Ibu Amirul said...

boleh buat hari cuti ni

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

orang Johor memang tak pernah jemu dgn lontong, kan Che Matttt...

yana2605 said...

saya paling suka makan lontong tp dah 2 kali sy cuba buat sendiri sayur2 dlm kuah lodeh tu akan mengembang terutamanya bila dah sejuk..last2 tak da kuah yg tgal.. knapa ya?

WaniGhani said...

haah cmg..long klang yg femes ni pon ada letak bergedel..lain2 dia letak sambal sotong,serunding, tempe n tahu goreng..meriahla..ishkk terliur plak..

Kjee said...

uyoooo. mencilah.

diela nahar said...

yg nie mmg D5 lemah ckit mmg kegemaran sgt2 isk isk isk terliur tgk sedap sgt :D..

Ayu said...

akak pun berbuka dgn nasi impit smalam tapi makan dgn rendang ayam kering..terliur pulak tengok kuah lodeh che mat tu..hehe

Su said...

sedapnyeeee puasa2 ni lontong ke sotong ke semuanya sedappp... *tibe2 perut berbunyi*

eijah said...

memg sdpla...suke mkn lontong ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.